Utusan Borneo (Sarawak)

Lille benam Lorient untuk hampiri pendahulu liga, PSG

-

PARIS: Yusuf Yazici menjaringk­an dua gol ketika kelabnya, Lille, menamatkan tiga perlawanan tanpa menang dalam Ligue 1 Perancis dengan membenam Lorient 4-0, sekali gus merapatkan jurang di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG) dengan kurang dua mata.

Yazici membuka jaringan dari satu umpanan Jonathan Baba pada minit ke-28 sebelum menyempurn­akan hantaran Jonathan Davis untuk kedudukan 2-0 pada awal separuh masa kedua.

Beliau kemudian mengumpan bola kepada Luiz

Araujo untuk gol ketiga Lille pada minit ke-60 sebelum Jonathan David menjaringk­an gol pertamanya bersama kelab sejak sekian lama pada akhir permainan.

Ia adalah permulaan hambar buat David di Perancis selepas menjadi salah satu pembelian termahal oleh kelab pada musim panas lalu apabila Lille membayar sekitar 27 juta euro untuk membawanya dari kelab Belgium, Gent.

Lille, yang dibimbing Christophe Galtier, merampas semula tangga kedua liga dari Lyon, yang menewaskan

Angers 1-0 pada perlawanan awal menerusi gol lewat Tino Kadewere.

Montpellie­r menewaskan Strasbourg 4-3 untuk menyertai Lyon dan Monaco dengan 20 mata, empat mata di belakang PSG.

PSG mensia-siakan peluang menjarakka­n kedudukan di tangga teratas apabila gagal mempertaha­nkan pendahulua­n 2-0 sebelum tewas 2-3 kepada Monaco pada perlawanan hari Jumaat.

Lyon mengambil sepenuh peluang tetapi memerlukan gol kemenangan Kadewere pada minit ke-80.

“Kami datang untuk menang dan menduduki tangga kedua dan itulah yang kami lakukan,” kata jurulatih Lyon, Rudi Garcia, sebelum Lille merampas kembali kedudukan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Yazici (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Lorient Trevoh Chalobah (tengah) pada perlawanan Ligue 1 Perancis antara Lille OSC dan FC Lorient di stadium Pierre-Mauroy di Lille, Perancis, kelmarin.
— Gambar AFP DIASAK: Yazici (kiri) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Lorient Trevoh Chalobah (tengah) pada perlawanan Ligue 1 Perancis antara Lille OSC dan FC Lorient di stadium Pierre-Mauroy di Lille, Perancis, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia