Utusan Borneo (Sarawak)

JELIUS SEDIA GALAS TUGAS PENGURUS SABAH FC

Bekas ketua jurulatih Sabah itu harus memikul tugas baharu dalam norma baharu susulan krisis pandemik COVID-10

- Oleh Vitalis G Bingkasan

Terima kasih kepada pihak pengurusan Sabah yang berikan kepercayaa­n kepada saya dan sememangny­a jawatan ini akan berikan saya lebih banyak peranan di dalam

” pasukan.

KOTA KINABALU: Bekas ketua jurulatih Sabah Jelius Ating sedia menggalas tugas baharunya selaku pengurus Sabah FC dalam kempen Liga Malaysia musim depan.

Ia bukan sahaja tugas baharu tetapi akan dipikul dengan norma baharu ekoran krisis COVID-19 buat bekas ketua jurulatih yang berjaya membawa semula Sabah ke Liga Super musim ini selepas menjulang gelaran juara Liga Premier 2019.

Jelius yang juga bekas pemain Sabah bagaimanap­un tidak dapat meneruskan khidmatnya selaku ketua jurulatih

Pengurus Sabah FC

musim ini (2020) kerana belum memiliki lesen kejurulati­han Pro A Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Jelius hanya bertugas selaku penolong jurulatih kepada ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto musim ini iaitu musim yang menyaksika­n bola sepak turut dimuramkan oleh krisis COVID-19.

Apapun, pengalaman sebagai pemain, ketua jurulatih dan penolong ketua jurulatih serta mengharung­i musim yang dilanda COVID-19 adalah pengalaman berguna buat Jelius menggalas tugas barunya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Dato Verdon Bahanda minggu lalu mengumumka­n pelantikan Jelius selaku pengurus pasukan dan juga salah seorang jurulatih Sabah FC.

Turut diumumkan ialah pelantikan Justin Ganai selaku Pengarah Teknikal dan David Johnny @ Mohd Aiyman sebagai Pegawai Pembanguna­n Belia.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan Sabah yang berikan kepercayaa­n kepada saya dan sememangny­a jawatan ini akan berikan saya lebih banyak peranan di dalam pasukan.

“Bukan sahaja terhadap aspek teknikal pasukan tetapi mengenai penjagaan imej pasukan serta perkara-perkara berkaitan pengurusan memandangk­an Sabah akan dikenali Sabah FC pada musim depan, sejajar dengan penswastaa­n pasukan.

“Sudah tentu banyak perkara yang perlu saya lihat selaku pengurus dan dalam masa sama, saya rasa lebih berpeluang untuk sama-sama membantu ketua jurulatih serta berkongsi pandangan dalam meningkatk­an kualiti pasukan.

“Apa yang lebih mustahak, saya dan pihak pengurusan akan cuba melakukan satu perubahan baharu terutama dalam merangka pelbagai strategi sebagai usaha bagi menjana pendapatan pasukan,” katanya.

Mengenai perjalanan Sabah FC, Jelius sudah merangka apa yang perlu dilakukan berdasarka­n pengalaman­nya selaku pemain dan jurulatih sebelum ini.

“Kami masih sedang menyusun perancanga­n-perancanga­n terbaik untuk Sabah FC.

“Harapan saya pada musim depan adalah mahu melihat Sabah FC mampu berikan saingan serta cuba berada dalam kalangan lima teratas Liga Super,” katanya.

Jelius Ating

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BINCANG: Jelius (kanan) berbincang dengan Verdon perancanga­n untuk Sabah FC.
BINCANG: Jelius (kanan) berbincang dengan Verdon perancanga­n untuk Sabah FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia