Utusan Borneo (Sarawak)

Jual beli daging hidupan liar menyalahi undang-undang

Pihak terlibat urusan jual beli daging hidupan liar akan dihukum di bawah Ordinan Perlindung­an Kehidupan Liar 1998

-

Tiada yang terkecuali daripada ordinan tersebut dan penjualan daging berkenaan merupakan satu kesalahan.

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) menegaskan bahawa manamana pihak yang terlibat dengan urusan jual beli daging hidupan liar akan dihukum di bawah Ordinan Perlindung­an Kehidupan Liar 1998.

SFC menerusi kenyataan medianya semalam berkata, di bawah ordinan tersebut, penjualan daging hidupan liar tidak dibenarkan termasuk spesies yang tidak dilindungi yang diambil dari alam sekitar.

“Tiada yang terkecuali daripada ordinan tersebut dan penjualan daging berkenaan merupakan satu kesalahan,” ujar kenyataan tersebut.

Ia berkata demikian sebagai tindak balas kepada artikel bertarikh 20 dan 23 November lalu, yang menyaranka­n pihak tertentu tidak bersikap tegas terhadap orang Kapit yang menjual daging babi hutan.

Bagaimanap­un kenyataan tersebut memaklumka­n bahawa penduduk asal yang tinggal di kawasan asli dibenarkan memburu untuk kegunaan sendiri, selagi hasil buruan itu tidak dijual atau diperdagan­gkan.

“Ini adalah untuk memastikan masyarakat luar bandar terus mempunyai sumber makanan yang diperlukan.

“Kajian menunjukka­n bahawa perdaganga­n hidupan liar di bandar adalah penyebab utama penurunan bilangan hidupan liar, selain menyebabka­n masyarakat luar bandar kehilangan sumber protein,” ujarnya.

Dalam kursus di Mujong, Kapit baru-baru ini juga katanya, SFC bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menjalanka­n program kesedaran untuk menghalang kegiatan pembekalan hidupan liar ke bahagian lain Sarawak.

“Pada 13 November lalu, pihak kami telah menahan dua orang dari Julau dan seorang dari Sibu Jaya kerana memiliki daging payau seberat 31 kilogram, organ dalaman payau 6.9 kilogram, 4.4 kilogram daging dan bahagian payau serta 5.5 kilogram bahagian binturong.

“Seorang individu lain lagi ditangkap kerana memiliki tujuh kilogram landak,” katanya.

Turut ditangkap, seorang lelaki dari Kapit yang memiliki 37 kilogram terdiri daripada bahagian dan daging babi liar.

“Mereka disyaki mengangkut daging liar tersebut dengan niat untuk menjualnya ke luar Kapit,” katanya.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Unit Pelesenan SFC di talian 082629401.

Borang Permohonan Untuk Memohon Permit boleh dimuat turun di https:// www.sarawakfor­estry.com/ applicatio­n-form/.

Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai perdaganga­n hidupan liar haram boleh menghubung­i talian SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu) atau 019-8290994 (Miri).

SFC

 ??  ?? LARANGAN: Antara daging hidupan liar yang dirampas oleh pegawai penguat kuasa SFC.
LARANGAN: Antara daging hidupan liar yang dirampas oleh pegawai penguat kuasa SFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia