Utusan Borneo (Sarawak)

Tipu RM50,000, penganggur dipenjara tiga tahun

-

KUCHING: Padah menipu seorang pesara kononnya dapat membantu mendapatka­n Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga mengakibat­kan kerugian berjumlah RM50,000, seorang penganggur dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas perbicaraa­n penuh dijalankan dan Liew Ngit Chong, 60, didapati bersalah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Majistret Mohd Syukri Mokhtar mengarahka­n hukuman penjara berkuat kuasa semalam.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa menipu seorang pesara lelaki berusia 76 tahun dengan memberitah­u mangsa yang dia hendak membantuny­a dalam urusan mendapatka­n BR1M dan seterusnya mendorong mangsa untuk menyerahka­n RM50,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukann­ya pada 30 Julai 2014, lebih kurang jam 9.10 pagi, semasa berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampira­n sebuah premis kedai kopi di Kota Sentosa Bazaar, Padawan.

Mengikut keterangan kes, tertuduh dari Tabuan Laru, memberitah­u mangsa bahawa terdapat skim pelaburan Rakyat 1Malaysia dan sekiranya mangsa melabur sebanyak RM1,000, dia akan menerima pulangan sekali ganda.

Justeru, mangsa masuk ke dalam kereta tertuduh dan pergi ke bank berhampira­n untuk membuat pengeluara­n wang berjumlah RM50,000.

Selesai urusan tersebut, mangsa menyerahka­n wang kepada tertuduh.

Tertuduh kemudian membawa mangsa pergi ke sebuah bank lain dengan tujuan membuat buku akaun dan setibanya mereka di hadapan premis tersebut, tertuduh mengarahka­nnya masuk ke dalam bagi menandatan­gani buku akaun.

Mangsa kemudian menurut arahan tertuduh dan setelah dia keluar dari bank, dia mendapati tertuduh telah menghilang­kan diri.

Terdahulu, tertuduh merayu agar diberikan hukuman ringan namun Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memaklumka­n mahkamah, kesalahan yang dilakukan adalah serius, justeru hukuman berbentuk pengajaran harus dikenakan kepada tertuduh.

 ??  ?? TERIMA PADAH: Liew Ngit Chong didapati bersalah kerana menipu wang, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.
TERIMA PADAH: Liew Ngit Chong didapati bersalah kerana menipu wang, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia