Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta terbalik ke dalam longkang, wanita cedera

- Incidents · Sibu · Sarawak

SIBU: Seorang wanita berusia 27 tahun nyaris menemui ajal apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang di Jalan Dockyard Tanjung Manis dekat sini, pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.37 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian berserta sebuah jentera dan kenderaan pacuan empat roda dengan kekuatan lima anggota.

“Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati kereta jenis Viva dalam keadaan terbalik ke dalam longkang dan mangsa telah dikeluarka­n orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Katanya mangsa yang cedera selamat dikeluarka­n dari kenderaan.

 ??  ?? KEMALANGAN: Anggota bomba memeriksa keadaan kereta yang terbalik di dalam longkang.
KEMALANGAN: Anggota bomba memeriksa keadaan kereta yang terbalik di dalam longkang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia