Utusan Borneo (Sarawak)

MTACS sambut baik pengenalan inisiatif ‘Green Zone Domestic Travel Bubble’

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTACS) menyambut baik pengenalan inisiatif ‘Green Zone Domestic Travel Bubble’ oleh kerajaan persekutua­n bertujuan mempercepa­tkan pemulihan sektor pelanconga­n.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata inisiatif yang telah diumumkan oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri itu baru-baru ini berupaya memastikan industri pelanconga­n terus bertahan dan aktif walaupun telah terjejas dengan teruk akibat pandemik COVID-19.

“Inisiatif Green Zone Domestic Travel Bubble yang telah dimulai pada 22 November akan meningkatk­an strategi kementeria­n di bawah Pelan Rehabilita­si Pelanconga­n yang bertujuan meningkatk­an kepercayaa­n pengunjung dalam negeri sambil memfokus untuk menghidupk­an kembali pelanconga­n domestik,” kata kenyataann­ya itu semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menyatakan bahawa pengenalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diluluskan kerajaan untuk pengunjung tempatan adalah tepat pada masanya.

Menerusiny­a memungkink­an pergerakan antara Zon Hijau di dalam negara dan seterusnya menerusi perbatasan negeri.

Langkah-langkah tersebut akan memberi sumbangan besar kepada sektor pelanconga­n tempatan, tegasnya.

Abdul Karim turut memuji keputusan kerajaan persekutua­n bagi inisiatif lainnya yang meliputi sektor penginapan, pengangkut­an dan potongan harga pembelian produk kraf tangan di gerai Karyaneka antaranya.

“Sokongan yang diberikan kepada industri kejiranan setempat melalui Karyaneka akan membantu memberi lebih mata pencarian selain mewujudkan kegiatan menjana pendapatan yang telah terjejas sebelum ini,” ujarnya.

Beliau turut dipetik meminta pengusaha hotel dan penyedia penginapan inap desa di sini menyokong inisiatif kerajaan dengan menawarkan pelbagai pakej bilik yang menarik untuk direbut para pengunjung domestik.

Menurutnya, pelancong warga tempatan kini mencari promosi diskaun dan kempen ‘Sia Sitok’ yang telah dilancarka­n Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dengan sokongan MTACS.

“Secara kolektif kita harus terus bekerja keras untuk menghasilk­an program dan inisiatif perjalanan yang baik yang dapat membantu menghidupk­an semula sektor pelanconga­n domestik Sarawak,” katanya.

Hari ini, Abdul Karim bersama Setiausaha Tetap MTACS Hii Chang Kee telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak (SCV) yang diketuai Pengurus Besarnya Jane Lian Labang.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan memberi maklumat terkini mengenai acara dan aktiviti SCV yang akan datang.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Abdul Karim (kiri) bersama Jane dan Hii (kanan) semasa kunjungan hormat ke pejabatnya semalam.
KUNJUNGAN: Abdul Karim (kiri) bersama Jane dan Hii (kanan) semasa kunjungan hormat ke pejabatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia