Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan hargai pelbagai inisiatif kerajaan dalam mengekalka­n kemampanan sektor perniagaan berdepan COVID-19

-

peniagaan berdepan kesukaran,” tambahnya.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cabang Sarawak Mohamad Ibrahim Nordin berkata, PSU telah membantu sektor perhotelan khasnya di Sarawak untuk menampung kos bayaran gaji pekerja sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Menurutnya, 85 ahli MAH Cabang Sarawak yang terdiri daripada pengusaha hotel berdaftar kesemuanya mengambil PSU.

“Sepanjang tempoh PKP atau sepanjang pandemik

Presiden Persatuan Hotel Malaysia Cabang Sarawak

Presiden Persatuan PKS Sarawak

COVID-19, sektor perhotelan beroperasi dengan hasil yang minimum, malah ada segelintir daripada pengusaha merekodkan sifar pendapatan.

“Sekurang-kurangnya 5,000 daripada kira-kira 9,000 pekerja dalam sektor perhotelan menikmati manfaat daripada PSU,” katanya.

Beliau juga berharap, PSU akan diteruskan sehingga sektor pelanconga­n kembali pulih atau sekurang-kurangnya kes COVID-19 berjaya dikekang.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Andrew Lo pula berkata, PSU sudah tentu akan membantu majikan mengekalka­n pekerja meskipun memperoleh pendapatan berkuranga­n.

“PSU yang diuruskan dengan baik dan betul akan membantu majikan mengekalka­n pekerja dan pekerjaan dalam sektor masing-masing,” katanya.

Lo bagaimanap­un berkata, dana yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu golongan perniagaan khasnya, harus ditambah dan lebih banyak peruntukan disediakan menerusi belanjawan.

Sementara itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak yakin dengan bantuan-bantuan kerajaan termasuk PSU, PKS di Sarawak akan dapat mengatasi cabaran ekonomi impak pandemik COVID19.

Presidenny­a Datuk Seri Charles Voon berkata, KITA PRIHATIN telah menyediaka­n bantuan kepada sektor perniagaan di seluruh negara.

“Selain PKS, perniagaan mikro juga telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara dan saya berharap kerajaan akan menyediaka­n bantuan yang diperlukan kepada sektor ini dalam tempoh kritikal ini,” katanya.

Justeru, Voon berharap kerajaan persekutua­n akan menyediaka­n bantuan yang diperluask­an kepada bidangbida­ng disasarkan termasuk membuat penyesuaia­n ke atas cukai korporat.

“Saya optimis sektor perniagaan tempatan boleh bertahan daripada pandemik COVID-19 dan memainkan peranan mereka dalam pemulihan ekonomi negara.

“Ini pasti dapat dilakukan asalkan sektor swasta dan kerajaan bekerja rapat,” tambahnya.

Voon berkata, persatuan itu kini membantu pemilik perniagaan memohon pelbagai insentif serta memaklumka­n mereka mengenai bantuan-bantuan kewangan disediakan oleh kerajaan.

PSU yang diuruskan dengan baik dan betul akan membantu majikan mengekalka­n pekerja dan pekerjaan dalam sektor masingmasi­ng.

Mohamad Ibrahim Nordin

Datuk Seri Charles Voon

Sekurangku­rangnya 5,000 daripada kira-kira 9,000 pekerja dalam sektor perhotelan menikmati manfaat

PSU.” daripada

Saya optimis sektor perniagaan tempatan boleh bertahan daripada pandemik COVID19 dan memainkan peranan mereka dalam pemulihan

” ekonomi negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia