Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING: Pakej rangsangan ekonomi Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN (KITA PRIHATIN) mendapat maklum balas positif daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

-

Inisiatif-inisiatif seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 dan Geran Khas Prihatin (Pembukaan Semula) (GKP 2.0) mencatatka­n peningkata­n permohonan daripada rakyat setelah terbukti meringanka­n beban mereka.

Misalnya, hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima GKP 2.0 susulan proses permohonan sehingga 31 Oktober lalu yang melibatkan anggaran peruntukan RM912 juta, sekali gus jauh melebihi sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro dengan anggaran peruntukan asal RM600 juta.

Justeru, menurut kenyataan media Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 23 November lalu, mengambil kira kelulusan GKP 1.0 dan GKP 2.0, jumlah keseluruha­n penerima pada 2020 adalah hampir 849,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan RM2.55 bilion.

Sementara itu, PSU pula dilihat sebagai cara terbaik kerajaan membantu PKS terus bertahan dengan memanfaatk­an kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja.

Presiden Persatuan Pengilang Sarawak (SMA) Joseph Lau Ka Hoo berkata, persatuan itu amat menghargai inisiatif PSU kerana pemain industri pembuatan sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.

“PSU adalah cara terbaik kerajaan membantu industri semasa waktu sukar ini untuk terus bertahan.

“Sudah tentu SMA yang dianggotai lebih 200 ahli amat mengharapk­an program ini dilanjutka­n lagi sehingga keadaan pulih atau sudah ada vaksin COVID-19 di pasaran,” katanya.

Lau berkata, SMA amat menghargai PSU yang turut mengelak pekerja hilang pekerjaan kerana majikan tidak mampu membayar gaji ekoran pendapatan yang terjejas teruk.

SMA juga katanya, menyokong penuh dasardasar kerajaan dan mahu ia dilaksanak­an dengan berkesan.

Kerajaan tambahnya, harus memberi sokongan penuh bagi membantu sektor pembuatan bangkit dan kekal bertahan sepanjang pandemik COVID-19.

“Menjaga kebajikan ahli adalah keutamaan SMA. Persatuan ini bertindak sebagai jambatan menghubung­kan suara dan permintaan ahli

Joseph Lau Ka Hoo

Presiden Persatuan Pengilang Sarawak

Andrew Lo

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Sarawak

kepada kerajaan.

“Disebabkan pandemik COVID-19, banyak sektor pembuatan berdepan cabaran-cabaran yang hebat,” katanya.

Lau berkata, SMA mempunyai lebih 200 ahli dan menggaji ramai rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak.

“Kami berharap kerajaan akan terus mempromosi­kan PSU dan mengenakan kadar faedah yang rendah bagi pinjaman mudah sehingga vaksin COVID-19 dapat diperolehi bagi membantu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia