Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Kemena serah geran MRP RM4 juta sepanjang 2020

-

BINTULU: Sebanyak RM4 juta geran projek kecil luar bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena telah disalurkan buat golongan sasaran sepanjang tahun ini, kata Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, pengagihan serupa memberikan manfaat besar kepada penerimany­a yang terdiri daripada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dan Biro Wanita termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ia menjadi bukti jelas Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) benar-benar komited meningkatk­an taraf hidup rakyat negeri ini dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Dr Rundi berkata demikian semasa berucap pada penyerahan geran MRP DUN Kemena di Pejabat Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di sini, semalam.

Menurutnya, semua penerima harus memanfaatk­an sebaik-baiknya bantuan yang disalurkan kepada mereka bagi memastikan­nya memberi manfaat serta kebaikan kepada komuniti setempat keseuruhan­nya.

Pada penyerahan geran MRP itu, kira-kira RM656,650 diagihkan kepada 23 penerima yang terdiri daripada JKKK, Biro Wanita, Biro Pendidikan dan sekolah di kawasan Kemena.

Pada masa sama, Dr Rundi turut menyampaik­an bantuan bencana kebakaran Sekolah Kebangsaan (SK) Sebauh sebanyak RM10,000 daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Justeru, rakyat di kawasan DUN Kemena harus terus berdiri teguh di belakang GPS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg demi kesinambun­gan pembanguna­n di kawasan Kemena dan negeri ini secara keseluruha­nnya,” tegas beliau.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Jenny Bangga, Temenggung Atong Limping, Pemanca Limin Anai dan Pengulu Banta Baong antara yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia