Utusan Borneo (Sarawak)

Mesin RT-PCT kedua mampu uji hingga 400 sampel sehari

-

MIRI: Mesin Real Time Reverse Transcript­ionPolymer­ase Chain Reaction (RT-PCR) kedua yang diserahkan kepada Hospital Miri mampu menguji 350 hingga 400 sampel sehari.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, mesin kedua sumbangan Kumpulan Syarikat Samling (Samling) itu dapat memperting­katkan kecekapan pengesanan jangkitan COVID-19.

“Mesin RT-PCR pertama yang disumbangk­an syarikat Samling tahun ini berjaya menjalanka­n sebanyak 31,596 sampel bagi tempoh Mei hingga 31 Oktober lalu.

“Bagaimanap­un, kemampuan maksimum RT-PCR sedia ada hanya dapat memproses 200 sampel sehari sekali gus menyukarka­n Hospital Miri mengeluark­an keputusan segera,” katanya.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata demikian selepas menyaksika­n penyerahan sumbangan mesin RT-PCR kepada Hospital Miri di Wisma Syarikat Kumpulan Samling Miri, semalam.

Tambahnya, dengan adanya pertambaha­n seunit lagi RT-PCR di Hospital Miri maka kapasiti pemprosesa­n sampel boleh ditingkatk­an kepada antara 350 hingga 400 sampel sehari.

“RT-PCR ini bukan hanya memproses sampel dari Miri tetapi turut menerima sampel dari Sabah, Semenanjun­g, Limbang, Lawas, Marudi, Beluru, Telang Usan dan Subis,” katanya.

Lee yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berterima kasih kepada Samling atas sumbangan berterusan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan semasa pandemik COVID-19 ini.

“Samling telah menyumbang banyak peralatan perubatan dan kelengkapa­n bagi membantu Sarawak menangani penularan wabak COVID-19.

“Antara peralatan yang sudah disumbangk­an ialah seperti mesin RT-PCR dan kelengkapa­n perlindung­an diri (PPE), bukan sahaja kepada hospital di Kuching, Miri, Bintulu, Sarikei, Limbang dan Lawas, malah kepada pelbagai organisasi dan komuniti,” katanya.

Selain itu Lee berkata, Samling juga ada membantu dengan menyampaik­an bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar bandar raya ini.

“Saya boleh katakan Samling merupakan contoh warga korporat yang prihatin dengan menyumbang banyak melalui usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR),” ujarnya.

Beliau mahu ia menjadi contoh bagi sebuah syarikat korporat yang penyayang serta prihatin dan bekerjasam­a erat dengan Kerajaan Sarawak dalam usaha membantu memerangi pandemik COVID-19 ini.

Turut hadir Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Kumpulan Samling James Ho.

MIRI: Sekolah mahupun institusi pendidikan lain digalak membina taman di pekarangan masing-masing bukan hanya sebagai aspek keindahan tetapi juga untuk pendidikan dan menyediaka­n persekitar­an yang kondusif.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, ramai yang masih belum menyedari sebahagian pokok perhiasan dan pokok herba berfungsi sebagai ubat dan untuk pendidikan generasi muda.

“Jadi dengan adanya Taman Bunga dan Herba, pelajar memperoleh peluang untuk mendekati dan melihat pokok herba serta mempelajar­i rahsia kegunaanny­a sejak zaman-berzaman sama ada untuk tujuan perubatan atau masakan.

“Projek ini dapat menjadikan pelajar lebih memahami serta menghargai tumbuhan herba ini,” katanya.

Ting memberitah­u demikian ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian

Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Kolej Vokasional Miri di semalam.

“Sebagai contoh daun kaduk digunakan dalam ubat-ubatan tradisiona­l di Asia.

“Kulitkayup­okokkenang­a pula digunakan oleh masyarakat Tonga dan Samoa untuk merawat penyakit perut,” katanya menjelaska­n.

“Di Sarawak, pokok sembong digunakan sebagai ubat selepas bersalin dan sebagai salah satu ramuan untuk disapu ke dahi dan perut.

“Saya difahamkan RTP Kolej Vokasional Miri melibatkan projek taman ini (herba), menaik taraf Dewan Permata dan membina ‘awning’ untuk menyediaka­n ruang yang lebih kondusif kepada pelajar dan warga Kolej Vokasional Miri,” ujarnya.

Selain itu, menurut Ting, projek taman itu diharap dapat memupuk minat agar cintakan alam dan lebih memahami alam sekeliling dalam kalangan penuntut dan pengajar kolej berkenaan.

“Saya amat berbangga dengan pengurusan Kolej Vokasional Miri yang menggunaka­n geran RTP berjumlah RM100,000 dengan baik,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Ting berharap Dewan Permata, tempat rehat pelajar serta projek Taman Kolej Vokasional Miri itu nanti akan dapat memberi banyak manfaat kepada warga kolej.

Beliau yakin pelajar akan dapat menimba ilmu pengetahua­n dengan lebih berkesan dalam suasana yang lebih segar, kondusif dan harmoni.

“Saya percaya, dengan adanya projek sebegini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana persekitar­an yang lebih cantik, tenang dan dapat dijadikan sebagai terapi tekanan oleh warga kolej terutama pelajar,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Kolej Vokasional Miri Sherene Choo dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Miri Muliadi Sulai.

 ??  ?? KENANGAN: Ting (depan, tengah) bersama warga Kolej Vokasional Miri di hadapan Taman Bunga dan Herba yang dirasmikan.
KENANGAN: Ting (depan, tengah) bersama warga Kolej Vokasional Miri di hadapan Taman Bunga dan Herba yang dirasmikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia