Utusan Borneo (Sarawak)

JBALB terus bekerjasam­a dengan wakil rakyat selesaikan masalah bekalan air

-

KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan terus bekerjasam­a dengan wakil rakyat untuk memastikan masalah bekalan air yang membelengg­u sesetengah kawasan dapat diselesaik­an dengan lebih berkesan.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kebiasaann­ya wakil rakyat akan mengetahui mengenai setiap permasalah­an termasuk melibatkan bekalan air di kawasan masing-masing.

“Kita memerlukan segala maklumat daripada wakil rakyat kerana mereka amat arif tentang masalah termasuk melibatkan bekalan air di kawasan.

“Ia merupakan antara usaha yang perlu kita buat agar setiap projek melibatkan bekalan air dapat dilaksanak­an secara berkesan dan baik,” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat JBALB Bahagian Sri Aman di Sri Aman, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Hal Ehwal

Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menambah, JBALB juga perlu bekerjasam­a dengan agensi lain seperti Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Management Sdn Bhd.

Ia katanya, untuk memastikan hasrat Kerajaan Sarawak membekalka­n air bersih kepada setiap isi rumah menjelang 2025 dapat direalisas­ikan.

“Kita sedang berusaha membekalka­n air bersih dan terawat secara 100 peratus menjelang 2025.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia