Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid Darul Rahman Kampung Pasir Pandak perlu dibina baharu

-

KUCHING: Berusia lebih 50 tahun dan struktur yang agak uzur menyebabka­n Masjid Darul Rahman Kampung Pasir Pandak perlu dibina baharu.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, masjid baharu itu akan dibina di atas tanah seluas 1.1 ekar yang diwakafkan.

“Masjid ini memang perlu dibina baharu kerana sudah agak lama selain berkeadaan uzur dan mempunyai struktur yang rosak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perjumpaan bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Pasir Pandak dan Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Darul Rahman di sini, kelmarin.

Turut menyertai majlis perjumpaan itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ustaz Khalidi Ibrahim.

Menjelas lanjut, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berkata, masjid sedia ada juga agak sempit dan tidak mampu menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah.

“Masjid ini digunakan bukan sahaja jemaah dari Kampung Pasir Pandak tetapi juga jemaah Kampung Pasir Panjangdan­tamanperum­ahan di sekitar,” ujarnya.

Berdasarka­n cadangan pembinaan masjid baharu itu, katanya, ia mampu menampung keperluan 1,000 jemaah dalam satusatu masa.

“Pembinaann­ya dijangka akan bermula pada suku kedua tahun 2021,” ujar Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Abdul Rahman merakam kenangan selepas perjumpaan bersama JKKK Kampung Pasir Pandak dan Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Darul Rahman.
TURUN PADANG: Dr Abdul Rahman merakam kenangan selepas perjumpaan bersama JKKK Kampung Pasir Pandak dan Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Darul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia