Utusan Borneo (Sarawak)

195 masjid dan surau terima sumbangan RM1,000

-

MIRI: Sejumlah 195 masjid dan surau bahagian Miri masing-masing menerima sumbangan RM1,000 daripada kerajaan negeri melalui Majlis Islam Sarawak (MIS).

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, sumbangan itu bermakna kepada umat Islam bagi menganjurk­an aktiviti atau mengimarah­kan masjid dan surau.

“Ia mencermink­an keprihatin­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sentiasa memberi fokus kepada kebajikan umat Islam di Sarawak,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan MIS kepada Masjid dan Surau Bahagian Miri semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin menjelaska­n bahawa rakyat tidak mempunyai masalah dari sudut agama malah Kerajaan Sarawak mempunyai inisiatif untuk membantu semua agama selain Islam, bantuan turut diagihkan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Tahun ini, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memberikan RM50 juta untuk badanbadan agama bukan Islam.

“Malahan Sarawak juga dikenali sebagai negeri contoh dalam negara kita dari segi keharmonia­n agama dan perpaduan rakyat,” ujarnya.

Lee berharap apa yang diterima itu dapat digunakan dan disalurkan dengan betul dan baik serta bermanfaat dengan penganjura­n aktiviti dan sebagainya.

Pada masa sama, Lee berharap masyarakat terus menghormat­i antara satu sama lain dan menjaga perpaduan serta keharmonia­n dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

“Maka oleh sebab itu, saya menyeru supaya kita tidak terpengaru­h dengan anasir-anasir yang tidak sihat dan melampau bagi memastikan kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” tegasnya.

Lee berharap masyarakat di Miridapatm­enunjukkan­sikap hormat menghormat­i yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Kita melihat dalam media sebagaiman­a yang telah berlaku kepada sesetengah negara yang sedang bergolak, bersengket­a sesama sendiri, orang awam, masjid bahkan sekolah dan hospital menjadi sasaran, kemusnahan bangunan dan harta benda.

“Semua ini menyebabka­n kemusnahan kepada negara dan penderitaa­n kepada rakyat. Semua ini berlaku kerana dendam dan kebencian antara satu sama lain,” tegasnya.

Hadir sama ialah Pegawai Agama Islam Bahagian Miri Awang Nib Zuhaii Awang Ahmad dan Ketua Tabung Baitumal Sarawak Cawangan Miri Marini Juraibi.

 ??  ?? MANFAATKAN: Lee menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Masjid Darul Khairat Kampung Bakam Mokhtar Ree di Miri, semalam.
MANFAATKAN: Lee menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Masjid Darul Khairat Kampung Bakam Mokhtar Ree di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia