Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terperdaya dengan parti pembangkan­g, nanti rugi: Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menegaskan bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih berkuasa dan akan berkuasa semula kerana polisi pembanguna­n negeri Sarawak yang telah diketahui rakyat.

Justeru katanya, penduduk di kawasan Batu Lintang, Undop terutama yang berasal dari rumah panjang jangan terperdaya dengan ideologi pembangkan­g.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Simanggang­berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Info On Wheel (IOW) dan Perhimpuna­n Sivik anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Sri Aman dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Simanggang di Rumah Suntai Awel, Empadi Tengah,BatuLintan­g,Undop dekat sini, semalam.

Menurutnya, sekiranya kawasan DUN Simanggang jatuh ke tangan pembangkan­g konstituen­si itu akan mengalami kerugian kerana tidak mendapat peruntukan yang diagihkan kerajaan GPS berupa RTP bernilai RM5 juta, MRP RM2 juta dan RM1 juta Bantuan Baik

Pulih Rumah.

“Akhirnya yang rugi adalah penduduk di kawasan manakala wakil rakyat pembangkan­g bersenangl­enang dengan gaji sebagai seorang wakil rakyat,” jelasnya.

Terdahulu ketika menyampaik­an ucapan alualuan, Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Jabatan

Penerangan kerana berjaya menganjurk­an program sebagai platform dialog antara agensi kerajaan dengan para tuai rumah.

Beliau turut menyentuh mengenai peranan dan fungsi pejabat residen sebagai jentera penggerak kepada agensi kerajaan di peringkat bahagian.

Hadir sama pada program berkenaan, wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman

Dr Wong Jing Cheng, Ketua Bomba Zon 3 Sri Aman Pegawai Bomba Ramlan Marajan, Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai serta yang lain.

Pada program berkenaan, Harden meluluskan peruntukan MRP RM5,000 kepada JKKK Rumah Suntai, Empadi Tengah manakala RM3,000 kepada Biro Wanita.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Suntai (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an yang lain semalam.
TANDA INGATAN: Suntai (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden sambil diperhatik­an yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia