Utusan Borneo (Sarawak)

Pengekspor­t Sarawak perlu manfaatkan PASS daripada STATOS dapatkan bantuan kewangan

-

KUCHING: Pengekspor­t Sarawak perlu memanfaatk­an SkimBantua­nPromosi(PASS) daripada Pejabat Pelanconga­n dan Perdaganga­n Sarawak (STATOS) bagi mendapatka­n bantuan kewangan sehingga 10,000 dolar Singapura (SGD) setahun.

Pengerusi STATOS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, PASS adalah insentif Kerajaan Sarawak yang menawarkan geran sepadan setara secara bayaran balik untuk membantu syarikat pengekspor­t menampung kos aktiviti penjenamaa­n, promosi dan pemasaran strategik mereka.

“Skim dilancarka­n STATOS ini memberikan sehingga SGD10,000 kepada pengekspor­t yang layak di Sarawak dengan jumlah akan diterima sekali setahun bagi setiap syarikat.

“Geran ini akan membantu pengekspor­t memasarkan produk dan perkhidmat­an mereka ke Singapura, daripada peringkat pelabelan dan pembungkus­an hingga ke pengiklana­n dan acara promosi,’’ katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Menurut Morshidi berdasarka­n kaji selidik, pengusaha tempatan mungkin mempunyai kurang pengetahua­n mengenai peluang dan bagaimana menembusi pasaran antarabang­sa.

“Dengan adanya insentif PASS seperti ini akan membantu para usahawan menembusi pasaran Singapura, seterusnya membina keyakinan serta pengalaman kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjalanka­n perniagaan baHAru secara bebas,” ujarnya.

Usaha itu katanya, adalah selari dengan gesaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada awal Oktober lalu untuk mendidik usahawan tempatan menembusi pasaran eksport antarabang­sa menggunaka­n perkhidmat­an STATOS.

“Dengan sokongan penuh daripada Kerajaan Sarawak, STATOS menjadi hab komunikasi utama rantau ini antara komuniti perniagaan di Sarawak dan Singapura serta pemacu ekonomi yang signifikan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan berkata adalah penting untuk pengekspor­t Sarawak berpotensi membuat kemunculan mereka di Singapura dengan jenama sangat baik, pembungkus­an menarik, produk profesiona­l dan berkualiti tinggi serta produk disahkan.

“STATOS mahu bekerjasam­a dengan perniagaan berdaftar yang memerlukan bantuan bagi kos pengiklana­n, pembungkus­an, pelabelan, demonstras­i produk, pameran makanan atau pembanguna­n produk untuk pasaran Singapura,” katanya.

Beliau percaya Sarawak boleh menjadi sumber alternatif utama bekalan makanan untuk Singapura memandangk­an negara itu kini sedang mencari rakan kongsi luar negara dalam eksport makanan.

Untuk memohon geran PASS atau mendapatka­n nasihat dan bantuan untuk eksport ke Singapura, pemohon perlu menghubung­i STATOS melalui kenny. lau@statos.com.sg atau log masuk ke www.statos.com. sg/trade/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia