Utusan Borneo (Sarawak)

52 petani mohon pertambaha­n lot berniaga di Tamu Indah

- Business · Agriculture · Industries · Texas A&M University · Sibu

SIBU: Seramai 52 petani dari Rumah Unjah Besh, Sungai Melanggan memohon agar Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menambah lagi lot berniaga di Pasar Tamu Indah untuk mereka menjual hasil tanaman yang diusahakan.

Menurut Tuai Rumah Unjah, beliau amat berharap pihak MPS dapat menyediaka­n lot kepada petani terutama dari rumah panjang bagi menjual hasil tanaman mereka.

“Kita hormati peraturan yang telah ditetapkan MPS bagi membendung penularan COVID-19 dengan mengehadka­n jumlah peniaga yang berniaga di pasar tamu ini.

“Namun jika boleh, kurangkan lot atau tempat kepada peniaga yang tidak menjual hasil pertanian,” ujarnya kepada pemberita semalam.

Unjah berkata, petani atau pekebun perlu diberi keutamaan kerana mereka harus memasarkan atau menjual hasil tanaman mereka dengan segera.

“Hasil kebun mereka ini harus dituai dan jika tidak dijual dengan segera, ia akan rosak serta tidak dapat dijual.

“Kita mohon pihak majlis melonggark­an sedikit peraturan agar petani atau pekebun ini dapat menjual hasil mereka.

“Di mana ada tempat atau kawasan kosong sesuai, berikan kepada mereka agar mereka berniaga seterusnya menjana pendapatan,” tambah Unjah.

Terdahulu sebelum itu, petani dari Rumah Unjah ini telah menyuaraka­n masalah mereka yang tidak mempunyai tempat berniaga di Pasar Tamu Indah kepada Pengerusi Unit Bumiputera Parti Sarawak Bersatu (PSB) Bawang Assan Andrew Shilling.

Menurut Andrew, masalah petani yang tidak mempunyai tempat untuk berniaga di pasar tamu itu bukan hanya dihadapi penduduk dari Rumah Unjah, malah petani dari beberapa tempat termasuk Lubok Pelaie dan Pasai Besar juga.

 ??  ?? BERHARAP: Penduduk dari Rumah Unjah memohon pihak majlis menyediaka­n tempat kepada mereka untuk berniaga di Pasar Tamu Indah.
BERHARAP: Penduduk dari Rumah Unjah memohon pihak majlis menyediaka­n tempat kepada mereka untuk berniaga di Pasar Tamu Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia