Utusan Borneo (Sarawak)

PKS berhasrat masuk amalan kemampanan dalam operasi boleh melaksanak­annya melalui SME-SDG

-

KUCHING: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berhasrat memasukkan amalan kemampanan ke dalam operasi mereka kini boleh melaksanak­annya melalui Toolkit Small Medium Enterprise-Sustainabl­e Developmen­t Goals (SMESDG).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili berkata, hasil kerjasama UN Global Compact Malaysia dan Brunei, Toolkit SMESDG dibangunka­n dengan tujuan membimbing PKS dalam proses kemampanan utama sambil membentuk daya tahan perniagaan dalam menghadapi cabaran pascaCOVID-19.

“Di Sarawak Energy, kami dipandu oleh UN SDG dan terus berusaha menerapkan amalan kemampanan dalam sistem perniagaan.

“Kami percaya dapat memaksimum­kan kesan positif operasi sambil meminimumk­an sebarang kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar,” ujar beliau ketika melancarka­n Toolkit SME-SDG pada Sidang Kemuncak Maya Kemampanan Korporat 2020-Go ESG ASEAN kelmarin.

Kata Sharbini juga, pihaknya telah melakukan banyak penerokaan dan belajar sebanyak mungkin daripada amalan baik antarabang­sa pada peringkat awal menuju ke arah kemampanan, selain berusaha membangunk­an sumber yang ada kini.

“Pihak kami berharap melalui toolkit ini, ia akan memudahkan PKS menerapkan kemampanan dalam corak pemikiran dan tanggungja­wab,” ujar Sharbini.

Pengarah Eksekutif UN Global Compact Network Malaysia Faroze Nadar pula menyatakan bahawa PKS mempunyai satu kelebihan utama daripada organisasi yang lebih besar dalam menangani isu kemampanan.

“PKS yang beroperasi dalam skala kecil memberi mereka kelebihan dari segi ketangkasa­n untuk memberi reaksi cepat terhadap perubahan dalam persekitar­an perniagaan.

“Namun, mereka berhadapan masalah kurangnya informasi tentang perubahan yang menjadikan kemampanan peluang untuk berinovasi, membangun daya tahan dan berkembang dalam ekonomi global yang berubah,” katanya sambil menambah, Tookit tersebut berfungsi menyediaka­n PKS dengan semua alat dan panduan yang diperlukan untuk menutup jurang itu.

Toolkit SME-SDG dibangunka­nberdasark­ankerangka MAJU (Advance) yang sesuai dengan tujuan membolehka­n PKS membuat peta jalan kemampanan yang unik.

Rangka kerja MAJU adalah proses empat langkah yang merangkumi komponen Misi, Aktiviti, ‘Justifying’ dan ‘Upgrading’ yang dirancang sebagai rangkaian pengurusan kemampanan lengkap untuk PKS.

Bengkel eksklusif latihan dalam talian yang eksklusif untuk PKS juga diadakan kelmarin sempena pelancaran alat ini.

 ??  ?? SECARA MAYA: Sharbini (tengah), Faroze (tengah, kiri) dan pengurusan kanan Sarawak Energy.
SECARA MAYA: Sharbini (tengah), Faroze (tengah, kiri) dan pengurusan kanan Sarawak Energy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia