Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki lapor polis dakwa diugut bayar RM5,000

-

MIRI: Seorang lelaki tampil membuat laporan polis setelah mendakwa diugut membayar RM5,000 oleh seorang pemilik akaun untuk memadam gambar lucahnya.

Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat mangsa di Balai Polis Lutong pada awal pagi Ahad lalu.

Dalam aduannya, mangsa, 27, bekerja sebagai penghantar makanan mendakwa sekitar jam 12.30 pagi hari semasa melayari Facebook miliknya, dia tiba-tiba ternampak satu hantaran gambar lucah diedit menggunaka­n gambarnya.

Gambar lucah itu dihantar oleh seorang pemilik akaun Facebook tidak dikenali.

Mangsa kemudian meminta pemilik akaun terbabit untuk memadam gambar lucahnya itu, namun sebaliknya pemilik akaun meminta mangsa membayar RM5,000 untuknya memadam gambar tersebut.

Mangsa tidak membuat bayaran seperti diminta dan terus membuat laporan polis untuk keselamata­n diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia