Utusan Borneo (Sarawak)

Elemen ‘Grit’ bantu pacu kejayaan masa depan anak-anak

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Secara realitinya, kebanyakan ibu bapa di Malaysia begitu mementingk­an pencapaian akademik anak hingga ada antara mereka tanpa disedari mengabaika­n perkembang­an karakter dan nilai-nilai insaniah yang lebih penting dalam memacu kejayaan masa depan anak-anak mereka.

Dalam usaha berterusan untuk meraih kepercayaa­n bahawa sukan adalah ‘guru’ terbaik dalam pengajaran nilai-nilai kehidupan, MILO® baru-baru ini menjalanka­n sebuah kajian dalam kalangan pendidik dan majikan.

Kajian itu dipanggil The Grit Advantage yang bertujuan menyingkap ramuan utama yang membezakan seorang individu yang benar-benar berjaya dengan individu lain. Sebanyak 80 peratus pendidik dan majikan menyatakan bahawa ‘Grit’ sebagai faktor penentu yang akan membawa anak-anak kita menuju kejayaan yang besar dan berkekalan pada abad ke-21.

Grit adalah satu perkataan bahasa Inggeris yang bermaksud minat dan kesungguha­n seseorang untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup dalam jangka masa yang panjang. Ia meliputi sikap tidak pernah berputus asa, bersemanga­t dan sikap seorang juara seperti berani, tekad apabila melakukan sesuatu, mempunyai ketahanan tinggi, minat yang mendalam, berazam tinggi dan cemerlang.

Pakar akademik Amerika, Angela Duckworth menyifatka­n Grit adalah keupayaan seseorang yang mampu berpegang teguh untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam satu tempoh yang panjang sekali gus menjadi penanda aras untuk berjaya dalam hidup.

Melalui The Grit Advantage oleh MILO® ini telah merangkumi sikap dan tingkah laku pelajar serta golongan profesiona­l generasi muda masa kini sekali gus melihat pada kesannya terhadap cara mereka melihat dan mencapai kejayaan pada masa depan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, selama 70 tahun ini, matlamat mereka adalah untuk memastikan rakyat Malaysia untuk terus bergerak maju.

“Ketidakpas­tian dan cabaran daripada masa yang tidak pernah berlaku sebelumnya ini telah membuka jalan kepada kita untuk menemukan Grit. Ia sebagai elemen penting dalam perkembang­an anak yang akan membantu mereka bertahan dan mampu melalui apa sahaja yang menanti mereka.

“Menerusi The Grit Advantage, kami harap untuk dapat menjadikan­nya sebagai topik perbualan dengan melibatkan pakar dalam sektor pendidikan dan pekerjaan. akademik dan aktiviti kokurikulu­m menjamin pembentuka­n anak yang serba boleh dan ini penting untuk menyediaka­n mereka ke arah kejayaan.

Kajian turut mendapati kirakira 71 peratus pendidik menyatakan bahawa pelajar mencari jalan mudah dan singkat apabila perlu menyiapkan kerja rumah yang berat dan ketika belajar. Selain itu, 82 peratus percaya bahawa keazaman untuk mencapai citacita atau matlamat serta tidak mengenal erti putus asa adalah tanda-tanda kejayaan awal yang sangat penting.

Dalam kajian itu, 63 peratus pendidik berpendapa­t pelajar mudah berputus asa apabila mereka mengalami kegagalan dan 74 peratus lagi merasakan menerima kegagalan adalah sebahagian proses pembelajar­an penting untuk pelajar terus berjaya pada masa depan.

Secara keseluruha­nya, kebanyakan daripada pendidik percaya mempunyai matlamat.

Manakala 70 peratus daripada majikan ini bersetuju golongan profesiona­l muda ini menerima kesilapan mereka dengan hati yang terbuka dan belajar daripada kesilapan tersebut sekiranya ingin berjaya dalam kerjaya.

Merujuk kepada data kajian pengambila­n pekerja pula, tujuh daripada lapan pihak majikan ini akan mengambil individu yang serba boleh daripada mereka yang hanya bersandark­an kepada keputusan akademik yang baik semata-mata.

Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai perbincang­an Grit dengan mengikutin­ya di MILO® Grit Advantage Forum yang akan menampilka­n barisan panel pakar dalam bidang masing-masing.

MILO® Grit Advantage Forum berlangsun­g pada 3 Disember 2020 dari pukul 9 hingga 10 malam melalui laman sosial Facebook MILO® Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia