Utusan Borneo (Sarawak)

Raja Sepanyol asingkan diri selepas kontak positif COVID-19

-

MADRID: Raja Felipe VI dari Sepanyol mengasingk­an diri selepas mempunyai kontak dengan seorang individu yang didapati positif COVID-19, kata pihak istana kelmarin.

“Seorang individu yang beliau mempunyai kontak pada Ahad didapati positif COVID-19 kelmarin,” kata pihak istana dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa raja berusia 52 tahun itu menangguhk­an semua aktiviti rasmi selama 10 hari.

“Dalam mematuhi arahan kesihatan, beliau akan menjalani kuarantin pencegahan selama 10 hari bermula sekarang,” kata kenyataan itu.

Ratu Letizia dan keduadua puteri pasangan diraja itu, Leonor dan Sofia, dapat meneruskan aktiviti mereka seperti biasa, tambahnya.

Puteri Mahkota Leonor, 15, dikuaranti­nkan selama dua minggu pada September selepas jangkitan COVID-19 dikesan di kalangan rakan sekelasnya. Beliau kemudian didapati negatif.

Sepanyol adalah antara negara yang paling teruk dilanda COVID-19 dengan lebih 1.5 juta kes dan lebih 43,000 kematian. — AFP

 ??  ?? RAJA FELIPE VI
RAJA FELIPE VI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia