Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat kecoh isu kuarantin Ahli Parlimen

Jeffrey didakwa tidak menjalani kuarantin 14 hari

-

Saya duduk Kuala Lumpur hampir dua bulan, saya tidak jumpa anak dan isteri sebab kalau balik ke sana kami perlu dikuaranti­n 14 hari. Kalau kira mengikut hari, Keningau (Jeffrey) tidak sepatutnya berada di dalam

” dewan ini.

Datuk Mohd Azis Jamman

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Datuk Mohd Azis Jamman (WARISAN-Sepanggar) mendakwa Ahli Parlimen Keningau Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang berada di dalam dewan, tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang dari Sabah.

Mohd Azis mendakwa Jeffrey menghadiri Dewan Undangan Negeri Sabah pada 12 November dan berada di Parlimen semalam.

“Saya duduk Kuala Lumpur hampir dua bulan, saya tidak jumpa anak dan isteri sebab kalau balik ke sana kami perlu dikuaranti­n 14 hari. Kalau kira mengikut hari, Keningau (Jeffrey) tidak sepatutnya berada di dalam dewan ini.

“Kami (ahli Parlimen) dari Sabah akur dengan arahan Yang Dipertua (Dewan Rakyat) berkenaan peraturan mesyuarat, di Semenanjun­g kita kena kuarantin 14 hari,” katanya.

Bagi meredakan keadaan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menjelaska­n Jeffrey telah ‘dilepaskan’ dan gelang tangan kuarantinn­ya dipotong di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai pada 23 November selepas keputusan ujian saringan COVID-19 beliau negatif.

Berkenaan tempoh kuarantin yang didakwa tidak cukup 14 hari, Azhar berkata beliau akan merujuk perkara itu kepada PKD Lembah Pantai bagi mendapatka­n penjelasan lanjut.

“Saya telah minta Keningau (Jeffrey) tidak hadir dari tadi (semalam),” katanya.

Kekecohan itu bermula ketika Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azal ina Othman Said mengendali­kansesi penggulung a n hari kedua semalam apabila Mohd Azis membangkit­kan perkara tersebut, diikuti beberapa ahli Parlimen blok pembangkan­g yang bangun menyuaraka­n pandangan masing-masing.

Antaranya Teo Nie Ching

WARISAN-Sepanggar

(PH-Kulai), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka).

“Saya dapat jawapan rasmi daripada Setiausaha Dewan Rakyat. Kalau Yang Berhormat tidak puas hati dengan keputusan yang dikeluarka­n oleh Klinik Kesihatan Parlimen dan ‘order released’ daripada Kementeria­n Kesihatan, (Yang Berhormat) boleh bawa kepada Speaker,” kata Azalina. — Bernama

 ??  ?? JEFFREY
JEFFREY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia