Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen Gerik, DUN Bugaya: Pengisytih­araan darurat bergantung penilaian risiko MKN, KKM

-

KUALA LUMPUR: Pengisytih­araan darurat seperti mana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimba­ng di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya yang bakal berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kedua-dua wakil rakyatnya meninggal dunia, Dewan Rakyat dimaklumka­n semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanap­un ia bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Beliau berkata bagi Batu Sapi, Jemaah Menteri membuat keputusan untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatk­an Yang di-Pertuan Agong supaya darurat diisytihar­kan berpanduka­n Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n, selepas melihat kepada situasi COVID-19 di Sabah.

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 November lepas, mengisytih­arkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, yang sekali gus membatalka­n pilihan raya kecil kerusi itu yang ditetapkan pada 5 Disember.

Takiyuddin berkata antara masalah di Parlimen Batu Sapi adalah pematuhan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN yang berkemungk­inan besar tidak dapat dipenuhi sepenuhnya, selain pelantikan petugas pilihan raya apabila sehingga 6 November, hanya 143 daripada 834 petugas yang sanggup bertugas.

“Begitu juga Kementeria­n Kesihatan memaklumka­n kekangan untuk sediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendali pengundi-pengundi di Batu Sapi yang berjumlah lebih 32,000 orang.

“Atas dasar itu, kerajaan berpendapa­t pengisytih­araan darurat adalah sangat tepat dan langkah diambil Yang diPertuan Agong amat bertepatan (dengan) Perlembaga­an. Ia bukan sekali-kali satu tindakan bercanggah amalan demokrasi,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian dalam Waktu Per ta ya a n pertanyaan Menteri, menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO-Pontian) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang menasihatk­an Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytih­arkan darurat di DUN Bugaya, Sabah dan Parlimen Gerik, Perak. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia