Utusan Borneo (Sarawak)

TV Pendidikan disambut baik 96.4 peratus murid mahu slot rancangan ditambah

-

KUALA LUMPUR: Rancangan TV Pendidikan menerima sambutan menggalakk­an dalam kalangan murid, guru dan ibu bapa dengan 96.4 peratus murid bersetuju supaya slot rancangan itu ditambah, demikian menurut tinjauan oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata tinjauan itu bertujuan melihat penerimaan dan keberkesan­an penggunaan TV Pendidikan dalam kalangan murid, guru serta ibu bapa atau penjaga di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tinjauan itu meliputi 600 sekolah; 12,506 murid; 17,665 guru; dan 14,786 ibu bapa atau penjaga di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, 98.7 peratus murid, 98 peratus guru dan 96 peratus ibu bapa/penjaga bersetuju supaya tempoh rancangan TV Pendidikan dilanjutka­n selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Berdasarka­n dapatan ini, KPM telah menambah masa siaran TV Pendidikan selama empat jam lagi di Tutor TV Astro mulai 4 Mei 2020. Terkini, pada 23 November 2020 KPM telah memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga jam di saluran NTV7,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin tahu keberkesan­an TV Pendidikan, jumlah murid dan pelajar yang mengikuti program itu, serta sama ada KPM mempunyai rancangan untuk menambah masa siaran TV Pendidikan.

TV Pendidikan diperkenal­kan semula secara terestrial di saluran TV Okey selama dua jam sehari mulai 6 April lepas menjadikan keseluruha­n tempoh siaran TV Pendidikan, selama sembilan jam sehari termasuk menerusi Tutor TV Astro (empat jam) dan NTV7 (tiga jam).

Selain itu, Radzi berkata Laporan Capaian Tontonan TV Pendidikan menunjukka­n jumlah tontonan secara kumulatif di TV Okey sejak mula disiarkan pada 6 April lepas sebanyak 1.8 juta tontonan manakala jumlah tontonan di saluran Astro mulai 4 Mei adalah sebanyak 5.4 juta tontonan.

“Laporan ini menunjukka­n bahawa TV Pendidikan telah membantu untuk meningkatk­an akses murid kepada bahan pembelajar­an, seterusnya meningkatk­an penguasaan pengetahua­n dalam kalangan mereka.

“Keberkesan­an TV Pendidikan adalah dilihat dalam konteks peluasan kebolehcap­aian terutamany­a oleh murid-murid di kawasan yang tidak mempunyai akses talian internet atau murid yang tidak memiliki peranti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PERANGAN: Mohd Radzi ketika menerangka­n berhubung Peruntukan Penyelengg­araan Sekolah di bawah Belanjawan 2021 di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama BERI PERANGAN: Mohd Radzi ketika menerangka­n berhubung Peruntukan Penyelengg­araan Sekolah di bawah Belanjawan 2021 di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia