Utusan Borneo (Sarawak)

Internet sebagai utiliti ketiga jadi nilai tambah kerajaan negeri, pemaju: Saifuddin

-

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan penyediaan kesalinghu­bungan Internet sebagai utiliti awam ketiga akan memberi impak nilai tambah kepada kerajaan negeri dan pemaju sesuatu kawasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata apabila Internet diangkat sebagai utiliti ketiga, isu kelewatan dalam penyediaan infrastruk­tur telekomuni­kasi dan capaian Internet dapat dielakkan.

Jelas beliau kelewatan penyediaan infrastruk­tur telekomuni­kasi hingga 18 bulan di sesuatu kawasan khususnya kawasan baharu adalah berikutan kesalinghu­bungan Internet tidak dikira sebagai utiliti dalam Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan.

“Apabila penyediaan kesalinghu­bungan Internet masuk dalam KM, secara langsung mempercepa­tkan proses pembinaan dan perancanga­n menyediaka­n kemudahan itu.

“Ini menjadi added value kepada pemaju sesuatu kawasan kerana tempat itu sudah mengambil kira kewujudan capaian Internet, manakala keuntungan kepada kerajaan negeri yang boleh menarik banyak pelaburan ke kawasan dalam negeri mereka,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Saifuddin berkata cadangan itu dibentangk­an pada mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-36 yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Oktober lepas.

Perkara itu juga akan dibentang dalam mesyuarat dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada pertengaha­n Disember ini, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Saifuddin ketika sidang media di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Saifuddin ketika sidang media di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia