Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan belanjawan 2021 diagih mengikut bilangan, kategori sekolah

-

KUALA LUMPUR: Peruntukan penyelengg­araan sekolah dalam Belanjawan 2021 akan diagih mengikut formula yang mengambil kira bilangan serta kategori sekolah sama ada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata formula itu bagi memastikan pengagihan dapat dibuat secara lebih menyeluruh dengan peruntukan sebanyak RM620 juta khusus untuk menyelengg­ara sekolah di bawah pengendali­an Kementeria­n Pendidikan (KPM) di seluruh negara.

“Semasa sesi libat urus bersama Kementeria­n Kewangan, KPM telah memohon supaya diberi tanggungja­wab untuk menentukan agihan peruntukan penyelengg­araan sekolah dan institusi pendidikan di bawah pengendali­an KPM.

“Ini bagi memastikan pengagihan dapat dibuat secara lebih menyeluruh dengan mengambil kira bilangan dan jenis sekolah,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 10,223 sekolah di bawah pengendali­an KPM yang terdiri daripada 8,293 sekolah kerajaan dan 1,930 sekolah bantuan kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia