Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik didakwa pukul, sepak kenalan

-

KUALA LUMPUR: Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini semalam atas tuduhan menyebabka­n cedera parah ke atas kenalannya dengan memukul dan menyepak badan mangsa.

Pemandu lori ais R. Raja Kumar ,37, dan operator kilang R. Uthaya Kumar ,35, didakwa bersama dua individu yang masih bebas dengan niat telah menyebabka­n cedera parah kepada S. Sethupati, 29, dengan memukul menggunaka­n tangan dan kaki pada bahagian badan mangsa.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta berhampira­n sebuah restoran di Jalan Anggun City Rawang, Gombak di sini pada 10.40 malam 18 Nov lepas mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Difahamkan berdasarka­n pemeriksaa­n awal doktor, mangsa mengalami cedera parah iaitu retak tulang rusuk dan tulang hidung.

Uthaya turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan dengan sengaja mendatangk­an cedera terhadap lelaki lain, K. Satheskuma­r, 29, pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarka­n Raja dan Uthaya masing-masing diikat jamin RM2,000 dan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jan 2021 untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia