Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu ambulans meninggal dunia lepas hantar pesakit disahkan negatif COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Pemandu ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit COVID-19 dalam satu kejadian di Perak kelmarin, disahkan negatif pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor

Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarha­m sebelum ini adalah negatif.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan. Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalanka­n siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama semalam.

Bagaimanap­un Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia