Utusan Borneo (Sarawak)

Hamilton dijangka menerima anugerah dari Ratu Elizabeth II

-

LONDON: Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, dijangka akan menerima pingat kebesaran dari Ratu Elizabeth II sebagai pengiktira­fan di atas pencapaian­nya pada 2020.

Hamilton, 35, berkongsi rekod dengan bintang F1 dari Jerman, Michael Schumacher dengan memenangi tujuh kejuaraan dunia – selain sudah memintas Schumacher untuk rekod keseluruha­n jumlah kemenangan perlumbaan. Beliau akan cuba mencipta rekod baharu dengan memburu kejuaraan dunia yang kelapan pada tahun hadapan.

Pencapaian itu dijangka akan diiktiraf dengan pingat tertinggi di United Kingdom (UK).

Menurut satu laporan akhbarTheT­imes,Hamiltonak­an disenaraik­an dalam penerima pingat Ratu tahun ini, yang akan menjadikan beliau akan dikenali secara rasmi sebagai Sir Lewis Hamilton.

Hamilton pernah menerima pingat sebelum ini apabila dianugerah pingat MBE selepas memenangi kejuaraan dunia F1 pertama beliau pada 2008.

Desakan untuk beliau dianugerah­kan pingat tertinggi semakin meningkat barubaru ini, dengan Hamilton memenangi enam dari tujuh kejuaraan dunia terakhir.

The Times berkata Perdana Menteri UK, Boris Johnson, secara peribadi mencadangk­an nama Hamilton di atas usaha beliau dalam dan juga luar litar, selepas lantang bersuara menentang isu perkauman.

Hamilton, satu-satu pemandu berkulit hitam dalam sejarah F1, melakukan isyarat melutut sebelah kaki pada setiap perlumbaan tahun ini untuk menyokong pergerakan ‘Black Lives Matter’.

Beliau juga melancarka­n Suruhanjay­a Hamilton, yang beliau harap akan membantu mempelbaga­ikan lagi sukan bermotor.

Britain mempunyai 10 juara dunia sebelum ini tetapi hanya Jackie Stewart dianugerah­kan pingat tertinggi. Stirling Moss juga pernah diberikan anugerah di atas pencapaian luar biasa kerjaya beliau dalam sukan bermotor walaupun tidak memenangi sebarang kejuaraan dunia F1. — AFP

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia