Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool bimbang tidak mempunyai 11 pemain yang cergas musim ini

- Sports · UEFA Champions League · Soccer · Liverpool Football Club · Liverpool · London · Jürgen Klopp · Leicester City F.C. · Atalanta B.C. · Anfield · Brighton & Hove Albion F.C. · Brighton · British Sky Broadcasting · BT · Manchester United F.C. · Leeds United A.F.C. · Manchester · Istanbul · Turkey · Everton F.C. · Everton · Chelsea F.C. · Frank Lampard · Rennes · Arsenal F.C. · Aston Villa Football Club · Birmingham (England) · Virgil van Dijk · Trent Alexander-Arnold · Jordan Henderson · Xherdan Shaqiri · Leicester · Mohamed Salah · Joe Gomez · Alex Kingston

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata enam pasukan besar Liga Perdana Inggeris mungkin tanpa 11 pemain yang cergas melainkan perubahan dilakukan untuk melindungi kebajikan pasukan.

Sudah dilemahkan oleh krisis kecederaan, Liverpool akan bermain tiga perlawanan dalam tempoh enam hari minggu ini.

Liverpool menewaskan Leicester City 3-0 pada perlawanan Liga Perdana Ahad lepas dan akan menanti kunjungan Atalanta di Anfield pada perlawanan hari ini sebelum bertandang ke Brighton pada perlawanan sepak mula waktu tengah hari pada Sabtu.

“Jika kami terus bermain pada malam Rabu dan awal sepak mula Sabtu, saya tidak pasti kami boleh menamatkan musim dengan 11 pemain, mungkin kesemua enam atau tujuh pasukan teratas liga,” kata Klopp dalam satu temu bual dengan Sky Sports, pemilik hak penyiaran domestik terbesar untuk Liga Perdana.

Di bawah terma perjanjian bernilai 4.5 bilion pound untuk tiga musim, Sky mempunyai hak memilih perlawanan pertama dari setiap pusingan perlawanan dengan penyiaran BT Sport memilih perlawanan kedua penting.

Namun Klopp berkata badan penyiaran seharusnya menyesuaik­an diri dengan keadaan musim yang tidak seperti kebiasaann­ya, dengan perlawanan dipadatkan dalam satu kalendar untuk menampung kehilangan tiga bulan ekoran penangguha­n musim kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19) pada musim lepas.

“Semua orang memberitah­u saya ia sukar, tetapi ia sukar untuk pemain. Itulah apa kesukaran sebenar. Selebihnya hanya satu keputusan di meja pejabat,” tambah Klopp.

“Jika ada orang memberitah­u saya tentang kontrak, saya boleh menjadi marah kerana kontrak tidak dibuat untuk satu musim COVID.

“Kita semua harus menyesuaik­an diri. Anda berdiri di sini dengan pelitup muka, adakah kamu memikirkan situasi ini setahun yang lalu dan juga kita tidak boleh terlalu dekat? Itu situasinya. Semuanya telah berubah tetapi kontrak dengan penyiaran masih seperti tiada apa yang berlaku ketika ini.”

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ada berkata pasukannya “dijangka akan gagal” apabila mereka terpaksa kembali dari perlawanan di Istanbul Basaksehir (Turki) untuk aksi Liga Juara-Juara pada malam Rabu dan bermain perlawanan awal pada Sabtu menentang Everton.

Pengurus Chelsea, Frank Lampard, berharap untuk mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara apabila menentang Rennes, supaya dapat merehatkan pemain menjelang dua perlawanan terakhir kumpulan menjelang jadual lebih padat.

“Saya sudah melihat jadual dan ia sukar sekali. Kami menentang Arsenal sehari selepas Krismas dan menentang Aston Villa dua hari selepas itu,” kata Lampard.

Klopp mendakwa menimbangk­an untuk menurunkan skuad remaja menentang Brighton dalam usaha untuk mengelak lebih banyak kecederaan.

Virgil van Dijk, Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Xherdan Shaqiri dan Alex OxladeCham­berlain tidak beraksi ketika menewaskan Leicester sementara Mohamed Salah tidak dapat diturunkan kerana masih positif COVID19. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia