Utusan Borneo (Sarawak)

Othman kekal Presiden PEPSAR

-

BINTULU: Othman Mat mengekalka­n jawatannya sebagai Presiden Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR) dalam Sesi Pemilihan Ahli Jawatankua­sa Baharu PEPSAR penggal 2020/2022 sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PEPSAR di sebuah hotel di sini, Ahad lalu.

Jawatan Timbalan Presiden pula disandang Hinsan Ra’ee, diikuti Naib Presiden 1 dan 2 masing-masing dipikul Abang Shamshuddi­n Abang Ahmad dan Wan Ridzuan Wan Laila.

Ahli jawatankua­sa lainnya terdiri daripada Mazelan Alli, Mohd Zaifulfadi­lah Junaidi, Dahlan Ham dan Khairul Arrifin Abd Rahman.

Berucap pada mesyuarat itu Othman yang menyandang jawatan itu bagi sesi 2017/2019 menghargai kehadiran semua ahli jawatankua­sa (AJK) lama PEPSAR sesi 2017/2019 serta perwakilan pada AGM tersebut.

Katanya, mesyuarat itu adalah yang kedua selepas mesyuarat sama untuk sesi 2017/2019 pada 12 Oktober 2019 di Pusat Kegiatan

Guru (PKG) Bintulu yang membabitka­n pengesahan laporan aktiviti dan kewangan sahaja.

Beliau berterima kasih kepada semua AJK lama dan ahli-ahli gabungan yang telah memajukan sukan petanque di negeri ini sekali gus mengucap tahniah kepada Persatuan Petanque Betong yang berjaya melahirkan seorang pemainnya sebagai wakil Malaysia sertai meraih pingat emas di Sukan Sea Filipina pada tahun lepas.

Mesyuarat itu dipengerus­ikan Samri Suhaili yang merupakan Pegawai Pendidikan Daerah Tatau Sebauh serta dibantu oleh Setiausaha Kehormat Janudin Abdul Rahman.

Selain ahli jawatankua­sa PEPSAR, 12 individu dan 36 perwakilan dari sembilan persatuan petanque gabungan di negeri ini turut hadir pada mesyuarat itu dengan keseluruha­nnya seramai 59 orang.

Sembilan persatuan petanque gabungan itu terdiri daripada Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.

 ??  ?? MESYUARAT: Othman (duduk empat kanan) bersama ahli jawatankua­sa lama semasa berlangsun­gnya AGM PEPSAR sesi pemilihan AJK baharu penggal 2020/2022.
MESYUARAT: Othman (duduk empat kanan) bersama ahli jawatankua­sa lama semasa berlangsun­gnya AGM PEPSAR sesi pemilihan AJK baharu penggal 2020/2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia