Utusan Borneo (Sarawak)

MSN Sabah juga dalam dilema dengan had umur SUKMA

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah juga dalam dilema berhubung had umur atlet untuk edisi ke20 Sukan Malaysia (SUKMA XX) yang sepatutnya berlangsun­g tahun ini tetapi telah ditangguhk­an ke 2022.

Pengarah MSN Sabah Mohd Asneh Mohd Noor berkata, Majlis Sukan Negara juga belum ada ketetapan berhubung had umur atlet SUKMA di mana sukan dwi tahun terbesar negara itu adalah kejohanan untuk atlet berusia 21 tahun ke bawah.

SUKMA XX sepatutnya berlangsun­g di Johor pada Julai 2020 tetapi ditangguhk­an beberapa kali ekoran krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

Cadangan terakhir sukan itu akan diadakan adalah pada April 2021 di mana atlet yang memang sudah tersenarai tetapi akan melebihi had umur pada 2021 masih dibenarkan bertanding.

Bagaimanap­un, cadangan terakhir sukan itu diadakan diumumkan dibatalkan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican, awal bulan ini ekoran krisis COVID-19 terus mengancam di negara ini.

Reezal berkata, edisi ke-20 SUKMA hanya akan diadakan pada 2022 iaitu tahun sepatutnya SUKMA diadakan untuk edisi ke-21.

Sehubungan dengan itu, Jawatankua­sa Khas Teknikal SUKMA akan mengkaji dan mencadangk­an perubahan peraturan, dijangka termasuk had umur atlet dalam mesyuarat akan datangnya.

“Semua akan dibincangk­an dan diperhalus­i di peringkat Jawatankua­sa Khas Teknikal Sukma di peringkat kebangsaan sebelum dibentangk­an semula dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi Sukma nanti, sebelum ia dimaklumka­n secara rasmi.

“Sementara itu, kita terpaksa hanya tunggu dan lihat sahaja. Persiapan atlet sedia ada pula akan diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, senarai atlet juga kini sudah bertambah tetapi semuanya kini dalam keadaan tergantung sehingga ada peraturan baharu dikeluarka­n Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA.

“Saya harap peraturan baharu dan had umur SUKMA XX akan diketahui dalam masa terdekat untuk membolehka­n kita membuat perancanga­n seterusnya dalam persiapan termasuk dalam membuat tawaran kontrak kepada atlet,” katanya.

 ??  ?? ASNEH
ASNEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia