Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Mobile Legends Nangka Challenge 2020 6 Disember ini

-

SIBU: Peminat permainan pertempura­n arena dalam talian (MOBA) Mobile Legends:Bang Bang (ML:BB) dialu-alukan untuk menyertai Pertanding­an Mobile Legends Nangka Challenge 2020 yang akan diadakan pada 6 Disember ini, bertempat di Rumah Panjang Maxwell Batu 13, Sibu.

Pertanding­an tersebut merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Nangka, Jawatankua­sa E Sport Nangka Challenge, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Panjang Maxwell, Briged Pemuda Luar Bandar N.55 Nangka dan Biro Wanita Luar Bandar N.55 Nangka.

Pertanding­an akan bermula dari 9 pagi hingga 5 petang.

Yuran pendaftara­n adalah RM50 untuk setiap pasukan dan akan dikembalik­an selepas selesai pertanding­an.

Sekiranya pemain atau pasukan gagal berada di tempat pertanding­an, secara automatik yuran tidak akan dikembalik­an.

Setiap pasukan terdiri daripada lima pemain yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dan pertanding­an akan diadakan secara liga berkumpula­n.

Semua pemain hanya dibenarkan menggunaka­n telefon bimbit dan membawa pengcas telefon masing-masing.

Pasukan yang memenangi tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta hamper dan hadiah misteri.

Bagi tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM200 dan hamper, manakala RM100 dan hamper untuk tempat ketiga.

Sekiranya berminat untuk menyertai pertanding­an, isi borang pertanding­an dengan melayari pautan https:// forms.gle/YEoiQkJ7Y8­JpKcqU6 atau menghubung­i 016-3105590 (Abdul Taib Rosli).

 ??  ?? SERTAI KAMI: Pertanding­an Mobile Legends Nangka Challenge 2020 pada 6 Disember ini di Rumah Panjang Maxwell Batu 13, Sibu.
SERTAI KAMI: Pertanding­an Mobile Legends Nangka Challenge 2020 pada 6 Disember ini di Rumah Panjang Maxwell Batu 13, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia