Utusan Borneo (Sarawak)

Pulisic hanya cergas untuk menentang Tottenham

-

LONDON: Penyerang kelab Chelsea, Christian Pulisic sudah pulih dari kecederaan hamstring dan boleh bersedia untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur pada Ahad ini, menurut pengurus kelab, Frank Lampard tetapi pemain itu tidak bersama-sama pasukan ke Perancis untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Rennes.

“Kai (Havertz) dan Thiago (Silva) akan ke Perancis dan cergas untuk pemilihan. Christian (Pulisic) tidak bersama-sama skuad tetapi saya berharap beliau akan bersedia untuk pemilihan pada perlawanan hujung minggu ini,” kata Lampard menerusi sidang video media pada Isnin.

Pulisic bergelut dengan kecederaan yang dialaminya di final Piala FA Inggeris ketika Chelsea tewas kepada Arsenal pada 1 Ogos lalu.

Penyerang antarabang­sa Amerika Syarikat (AS) berusia 22 tahun itu belum bermain sejak kecederaan berulang semasa sesi memanas badan sebelum perlawanan menentang Burnley pada 31 Oktober dan menghabisk­an tempoh bola sepak antarabang­sa menjalani pemulihan di Cobham (pusat latihan kelab).

Lampard berkata pada minggu lepas bahawa beliau “masih mencari” cara terbaik untuk meningkatk­an tahap kecergasan Pulisic selepas tidak diturunkan pada perlawanan menentang Newcastle.

Bagaimanap­un, Pulisic sekarang dikatakan bersedia untuk pemilihan perlawanan menentang pendahulu liga, Tottenham pada Ahad ini walaupun Lampard kelihatan tidak mahu terlalu yakin ketika bercakap kepada wartawan pada Isnin.— AFP

 ??  ?? PULISIC
PULISIC
 ??  ?? SEPAKAT: Ahli-ahli serta perwakilan yang hadir AGM PEPSAR untuk pemilihan AJK penggal 2020/2022 pada Ahad.
SEPAKAT: Ahli-ahli serta perwakilan yang hadir AGM PEPSAR untuk pemilihan AJK penggal 2020/2022 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia