Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS BURU PENGANGGUR TERLIBAT KES RAGUT

-

SIBU: Seorang suspek lelaki yang juga penganggur sedang dijejaki polis kerana disyaki terlibat dalam kes ragut seorang wanita di kawasan letak motosikal di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Salim tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai melakukan jenayah itu ketika mangsa, 48, membonceng motosikal yang ditunggang anaknya, 20-an, di lokasi kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Suspek yang datang dari arah belakang dengan menunggang motosikal cuba meragut rantai emas milik mangsa namun gagal.

“Akibat tindakan suspek, rantai emas itu terputus dan melekat pada topi keledar sebelum terjatuh ke dalam baju pengadu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, anak pengadu bertindak menahan motosikal suspek namun suspek berjaya melarikan diri dengan meninggalk­an motosikaln­ya.

“Akibat diragut, mangsa mengalami kecederaan dan lebam di bahagian bawah leher,” katanya.

Motosikal suspek kemudian diserahkan kepada anggota bit Balai Polis Lanang, Sibu yang berada di lokasi kejadian.

“Siasatan awal pihak polis mendapati motosikal yang digunakan suspek didaftarka­n atas nama ibu suspek yang tinggal di Permai Timur,” jelasnya lanjut.

Stanley berkata, pihak polis yang pergi ke alamat kediaman pemilik motosikal juga mendapati suspek tiada di rumah ketika itu.

Adegan ragut itu juga dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik pasar raya berkenaan dan sebuah pemacu pena telah diserah kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Kes disiasat mengikut S e k y sen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut sehingga menyebabka­n kecederaan,” tambahnya.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Motosikal ditinggalk­an suspek selepas gagal dalam cubaan ragut.
BAHAN BUKTI: Motosikal ditinggalk­an suspek selepas gagal dalam cubaan ragut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia