Utusan Borneo (Sarawak)

ROKOK, MINUMAN KERAS BERNILAI RM4.7 JUTA DILUPUS

-

KUCHING:

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan melupuskan pelbagai jenis rokok dan minuman keras bernilai RM4,795,396 (RM4.7 juta) di tapak pelupusan sampah di Jalan Mambong, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata kesemua barang-barang kes tersebut dilupuskan selepas mendapat arahan daripada Mahkamah Majistret Kuching.

Menurutnya, pelupusan barang kes adalah melibatkan barangan tidak bercukai iaitu siasatan di bawah Akta Kastam 1967.

“Jumlah keseluruha­n barang kes yang dilupuskan adalah 26,776 karton pelbagai jenis rokok dan 3,413 kotak serta 242 botol minuman keras dengan anggaran nilai keseluruha­n mencecah RM4,795,396.

“Barang-barang kes tersebut terpaksa dilupuskan memandangk­an tempat penyimpana­n barang kes yang terhad dan ada kes yang telah diselesaik­an,” katanya.

Jelas Aidil, barang-barang kes tersebut dimusnahka­n dengan menggunaka­n jentera berat di tapak pelupusan sampah tersebut.

“Selain itu, terdapat 14 kes lagi yang belum mendapat arahan pelupusan barang kes iaitu empat kes pada tahun 2019 dan 10 kes pada tahun ini,” katanya.

Proses pelupusan barang kes tersebut turut disaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Lim Jaw Shyong, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah

ASP Joshua Masing Lugoh, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah ASP Gunong Bilan dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah ASP James Jakup Chaling.

 ??  ?? LUPUS: Barang-barang kes dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Jalan Mambong.
LUPUS: Barang-barang kes dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Jalan Mambong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia