Utusan Borneo (Sarawak)

BTS menang dua lagi hadiah di Anugerah Muzik Amerika

-

KUMPULAN bintang mega K-pop BTS telah memenangi dua hadiah di Anugerah Muzik Amerika 2020 (AMA) dan membuat persembaha­n siaran televisyen pertamanya bagi lagu ‘Life Goes On’ dalam sebuah stadium yang diterangi warna ungu, Agensi Berita Yonhap melaporkan.

Kumpulan tujuh anggota itu memenangi anugerah kumpulan duo atau kumpulan pilihan dalam pop-rock untuk tahun kedua berturut-turut selain artis sosial pilihan untuk tahun ketiga berturuttu­ut di pertunjuka­n AMA 2020 yang diadakan di Microsoft Theater di Los Angeles pada malam Isnin (waktu AS).

Calon lain yang bertanding untuk anugerah kumpulan duo atau kumpulan pilihan dalam pop/rock adalah Jonas Brothers dan Maroon 5.

Untuk artis sosial pilihan, BTS bersaing dengan Billie Eilish, Ariana Grande, serta dua kumpulan K-pop, EXO, dan NCT 127.

Walaupun BTS tidak menyertai majlis di

AS, ia mengucapka­n terima kasih kepada para peminatnya yang berdedikas­i, lebih dikenali sebagai ARMY, dalam satu mesej video di atas sokongan mereka dalam pertunjuka­n yang diundi oleh peminat.

“Kami memenangi gelaran ini pada tahun lepas juga, jadi terima kasih di atas sokongan anda yang berterusan, kasih sayang, terutamany­a pada tahun yang begitu penuh dengan ketidakten­tuan dan keraguan,” kata RM, yang merujuk kepada kejayaan memenangi anugerah kumpulan duo atau kumpulan pilihan dalam pop/rock.

“Terima kasih sekali lagi di atas anugerah yang tidak ternilai ini. Sayang anda ARMY,” kata V pula.

BTS kemudian muncul dalam sebuah stadium yang diterangi warna ungu untuk membuat persembaha­n siaran televisyen pertamanya bagi lagu ‘Life Goes On’, lagu utama dalam album terbaharun­ya ‘BE’ yang dikeluarka­n Jumaat lepas.

Tujuh anggota kumpulan itu – termasuk Suga yang tidak menyertai aktiviti promosi selepas menjalani pembedahan bahu – muncul dengan pakaian hitam putih untuk menyanyika­n lagu balada baharu itu.

Kumpulan tujuh anggota itu seterusnya mempersemb­ahkan lagu hit mereka ‘Dynamite’ dengan memakai sut sutera berwarna pastel.

Di sidang akhbar pada Jumaat lepas, BTS berkata ia mahu berkongsi mesej harapan pada waktu sukar yang sedang dilalui dunia di tengahteng­ah pandemik dengan album baharu mereka.

Dalam perkembang­an lain, kedai pop up baharu BTS ‘BTS POP-UP : MAP OF THE SOUL’ telah dimulakan mulai 14 November merentasi tujuh buah negara dan wilayah di Online Store Asia termasuk Malaysia.

Big Hit IP, sebuah perbadanan bebas yang menerajui perniagaan IP Big Hit Entertainm­ent, yang sebelum ini mengendali­kan satu bentuk baharu bagi pengalaman kompleks ruang di bawah nama ‘BTS POP-UP: HOUSE OF BTS’ pada Oktober 2019.

Pada kali ini, kedai pop up baharu itu yang mengambil konsep daripada album studio keempat BTS MAP OF THE SOUL: 7 yang dikeluarka­n pada Februari telah tiba dekat sangat dengan tempat tinggal peminat.

Online Store Asia itu telah dibuka pada 14 November di laman web eksklusif yang dipanggil morningKal­l (2020btspop­upasia. morningkal­l.com) dan ia berjalan dengan jayanya.

Pop-up itu menawarkan sehingga 300 produk yang berbeza termasuk tetapi tidak terhad kepada pakaian, alat tulis, dan barangan rumah. Ia juga memaparkan produk yang mempunyai trek b-side bagi MAP OF THE SOUL: 7 sebagai tema utama.

Kedai dalam talian itu merancang untuk memperkena­lkan produk baharu pada setiap minggu mengikut jadual. Barangan seperti pakaian, aksesori, dan pelbagai barangan yang menggunaka­n logo BTS dan produk yang menampilka­n tema lagu seperti ‘Black Swan’ dan ‘ON’, juga semakin popular.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://2020btspop­upasia. morningkal­l.com/ atau ikuti @morningKal­l di Instagram, Facebook dan Twitter. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? PERSEMBAHA­N DI ANUGERAH MUZIK AMERIKA: BTS muncul dalam sebuah stadium yang diterangi warna ungu untuk membuat persembaha­n siaran televisyen pertamanya bagi lagu ‘Life Goes On’, lagu utama dalam album terbaharun­ya ‘BE’, diikuti persembahk­an lagu hit mereka ‘Dynamite’ dengan memakai sut sutera berwarna pastel.
PERSEMBAHA­N DI ANUGERAH MUZIK AMERIKA: BTS muncul dalam sebuah stadium yang diterangi warna ungu untuk membuat persembaha­n siaran televisyen pertamanya bagi lagu ‘Life Goes On’, lagu utama dalam album terbaharun­ya ‘BE’, diikuti persembahk­an lagu hit mereka ‘Dynamite’ dengan memakai sut sutera berwarna pastel.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia