Utusan Borneo (Sarawak)

Pan Borneo dipercepat

‘Project Management Consultant’ akan membantu JKR Sabah dan Sarawak melaksanak­an projek berkenaan

- KKR Financial · Sabah · Sarawak · Fadillah Yusof · Dewan Rakyat

Kesinambun­gan projek ini juga akan menjamin dan memastikan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat khususnya dalam keadaan ekonomi yang terkesan akibat penularan pandemik

COVID-19.

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, KKR akan mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo dengan melantik ‘Project Management Consultant’ (PMC).

Beliau berkata, PMC itu akan membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak melaksanak­an projek berkenaan.

Bagaimanap­un ujarnya, pelantikan PMC ini masih lagi dalam peringkat rundingan dan perlu menunggu keputusan muktamad Kementeria­n Kewangan.

Beliau berkata, Belanjawan 2021 menyaksika­n komitmen kerajaan meneruskan pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah sebahagian daripada pemangkin pembanguna­n

Menteri Kanan Kerja Raya

sektor sosioekono­mi, perindustr­ian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut.

“Kesinambun­gan projek ini juga akan menjamin dan memastikan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat khususnya dalam keadaan ekonomi yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Ini juga secara tidak langsung membuktika­n komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat Sabah dan Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruk­tur yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaik­an ucapan Penggulung­an Perbekalan 2021, di Dewan Rakyat semalam.

Fadillah turut mendedahka­n projek Jambatan Sungai Limbang, Jalan Lawas-Merapok antara 52 projek baharu yang telah diluluskan bagi pelaksaan tahun depan.

Beliau berkata, projek Jambatan Sungai Limbang, Jalan Lawas-Merapok bernilai RM115 juta.

KKR juga katanya, komited memastikan jalan-jalan di semua negeri diselengga­ra secara optimum.

Tambahnya, ia termasuk jalan-jalan persekutua­n di Sabah dan Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia