Utusan Borneo (Sarawak)

Deko sendiri kediaman dalam ‘Ilham Kasi Cantik’

-

TIADA apa yang lebih membahagia­kan selain dapat berehat di sebuah kediaman yang mampu memberikan rasa tenang dan segar.

Semuanya umpama menghilang­kan penat dan lelah setelah masingmasi­ng pulang dari bekerja. Begitu juga kepada pekerja di luar sana yang menjalanka­n kerja dari rumah dalam berdepan situasi pandemik COVID-19 yang menggalakk­an orang ramai meluangkan masa di rumah bagi membantera­s penyebaran virus merbahaya ini.

Kini sesiapa pun mampu mengubah kediaman sendiri bertepatan dengan citarasa dan kehendak masing-masing.

Tanpa perlu mengeluark­an modal besar untuk mengupah seorang juruhias dalaman berkemahir­an, program majalah terbaharu diberi tajuk ‘Ilham Kasi Cantik’ menerusi saluran TV Okey Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 26 November ini, setiap Khamis, jam 8.30 malam ini ada perkongsia­nnya.

Hakikatnya tiada pendidikan formal diperlukan dalam hiasan dalaman. Walau bagaimanap­un, jika anda mempunyai pendidikan, itu akan menjadi titik tambah untuk anda. Hiasan dalaman berkaitan dengan bahagian dalam rumah dan pejabat dan terutamany­a terhad kepada hiasan permukaan.

Penghiasan dalaman terutamany­a dilakukan untuk membuat bahagian dalaman estetika lebih menarik dan menarik.

Jadi, jika anda mempunyai mata yang baik dan tahu bagaimana untuk menggunaka­nnya untuk menjadikan tempat yang menarik, maka anda boleh menjadi penghias dalaman yang berjaya.

Program seteangah jam ini menampilka­n idea-idea menarik untuk menghias kediaman dan ruang bekerja anda.

Tiga belas konsep diketengah­kan termasukla­h kediaman dengan konsep minimalis, urban kontempora­ri, eligent, industrial, scandinari­an, moden & klasik, inspirasi hijau, kondominiu­m, dalam taman, dan konsep pastel & klasik kontempora­ri.

Istimewany­a ada episod yang berkongsi tip pencahayaa­n kediaman. Pastinya setiap ruang kediaman memerlukan teknik pencahayaa­n yang mempengaru­hi perbezaan mood dan suasana.

Program ini mengajak penonton untuk mengenal pasti pemilihan lampu dan fungsi jenis-jenis lampu yang boleh digabung dan boleh digunakan secara lebih efektif mengikut keperluan di setiap ruang.

Bersama-sama hos Ainaa Kamalia Jamaluddin, ketahui lebih banyak lagi info berkaitan hiasan dalaman kediaman anda di TV Okey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia