Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan tangki minyak di Jeddah berpunca serangan pengganas

-

ISTANBUL: Kebakaran di sebuah tangki minyak di bandar pelabuhan Arab Saudi, Jeddah berpunca daripada serangan pengganas, seorang pegawai mengesahka­n kelmarin, lapor Agensi Anadolu.

“Pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) kelmarin, berlaku satu letupan yang menyebabka­n kebakaran di tangki minyak di stesen pengedaran produk petroleum di utara bandar Jeddah,” kata Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik seorang pegawai Kementeria­n Tenaga.

Bagaimanap­un, sumber itu tidak menuduh manamana kumpulan melakukan serangan itu.

Beliau menambah, pasukan bomba berjaya memadamkan api dan tiada korban dilaporkan.

Pegawai itu juga mengesahka­n letupan tidak mengganggu pengedaran bekalan minyak dari stesen kepada pelanggan.

Sebelum itu jurucakap Houthi Yahya Saree berkata, kumpulanny­a membedil stesen pengedaran syarikat minyak milik negara Arab Saudi, Aramco di Jeddah.

“Kegiatan pengganas dan gangguan terhadap kemudahan penting bertujuan menyasarka­n keselamata­n dan kestabilan pengagihan bekalan tenaga global dan ekonomi dunia,” tambah pegawai Saudi itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia