Utusan Borneo (Sarawak)

120 pekerja kesihatan Algeria maut kerana COVID-19

-

ALGIERS: Pekerja kesihatan barisan hadapan di Algeria telah kehilangan 120 rakan sekerja akibat pandemik COVID-19 di kalangan lebih 9,000 orang yang dijangkiti virus tersebut, menurut kementeria­n kesihatan kelmarin.

“Setakat ini seramai 120 kakitangan kesihatan telah meninggal dunia dan 9,146 orang lagi dijangkiti oleh virus itu di negara Afrika Utara,” kata jurucakap panel saintis COVID-19 bagi pihak kerajaan, Djamel Fourar.

Dengan negara sedang berdepan gelombang kedua jangkitan yang teruk, beberapa doktor telah menggesa penduduk agar menghormat­i protokol kesihatan serta mengelak keluar dari rumah kecuali bila perlu.

Algeria merupakan salah sebuah negara yang paling teruk terjejas di Afrika, dengan hampir 76,000 jangkitan sejak kes pertamanya dilaporkan pada 25 Februari, dan lebih 2,000 kematian, menurut statistik rasmi.

Pada bulan ini kerajaan telah memperketa­tkan kawalan pergerakan dan melanjutka­n perintah berkurung pada waktu malam.

Ia turut melaksanak­an penghentia­n pada hujung minggu terhadap pengangkut­an awam dan penutupan selama dua minggu ke atas fasiliti sukan dan pusat kebudayaan.

Semua perhimpuna­n diharamkan dan sempadan ditutup sejak 17 Mac. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia