Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas terima Anugerah Pembanguna­n Negara Korporat

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 daripada 101 Projek Jalan Luar Bandar (JALB) Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) telah siap sepenuhnya, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar II Datuk Henry Sum Agong berkata sementara itu, 26 projek lagi dalam fasa pembinaan, 18 dalam peringkat perancanga­n, 22 fasa pelantikan perunding dan reka bentuk manakala tujuh lagi sedang dalam peringkat perolehan.

Beliau berkata bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) pula, sebanyak 15 projek diluluskan dengan kos keseluruha­n RM3.06 bilion yang memberi manfaat kepada 9,588 rumah di pelbagai daerah di bawah RMK11.

“Daripada 15 projek itu, dua projek sedang dalam peringkat pelantikan perunding kajian kesesuaian, sembilan dalam fasa pembinaan dan empat projek telah siap sepenuhnya,” katanya pada sesi soal jawab di sini.

Sementara itu katanya, bagi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sabah, sebanyak 63 projek sedang dilaksanak­an dengan kos keseluruha­n sebanyak RM2.04 bilion yang memberi manfaat kepada 34,078 rumah.

Jelasnya daripada 63 projek itu, 21 projek dalam peringkat pembinaan, 38 dalam fasa reka bentuk dan empat projek telah siap.

Beliau menjawab soalan Datuk Zakaria Mohd Edris (BERSATU-Libaran) mengenai status projek infrastruk­tur asas luar bandar di Sabah khususnya projek jalan, bekalan api dan bekalan air. — Bernama

KUCHING: Petronas barubaru ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Pembanguna­n Negara Korporat bagi kategori Sektor Swasta oleh Institut Pembanguna­n Negara Antarabang­sa (NBII) Thailand dalam majlis secara maya di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan sempena Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Pembanguna­n Negara (ICNB) 2020 yang bertemakan ‘Normal Baharu Pandemik dalam Pembanguna­n Negara’ yang dihoskan NBII dan Institut Pembanguna­n Negara Malaysia (NBIM).

Anugerah Pembanguna­n Negara itu diberikan kepada individu dan organisasi dari tiga sektor iaitu kerajaan, swasta dan individu yang menyumbang dengan penuh bermakna kepada masyarakat serta pembanguna­n negara dengan berkesan.

Mereka menyasarka­n untuk mewujudkan inspirasi kepada mereka yang berdedikas­i dalam hidup mereka yang memberi kesan kepada kepentinga­n awam.

Presiden Petronas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik dalam ucapannya berkata, “Sebagai syarikat minyak negara Malaysia, Petronas diberi tanggungja­wab untuk mengurus dan memaksimum­kan sumber hidrokarbo­n negara untuk kepentinga­n negara.”

“Dalam 46 tahun kebelakang­an ini, kami tetap bersyukur kerana pertumbuha­n kami sama dengan pertumbuha­n Malaysia.

“Kami berusaha untuk terus menjadi kebanggaan negara di pentas global,” katanya lanjut.

Penerima anugerah lain termasuk Pemenang Nobel dan Pengasas Grameen Bank Profesor Dr Muhamad Yunus yang menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Sektor Individu) serta Barefoot College-Social Work and Research Center (India) untuk Anugerah Pembanguna­n Negara Korporat (Sektor Individu).

Objektif utama ICNB 2020 adalah untuk mengumpulk­an lebih 1,000 pakar di seluruh masyarakat awam, swasta dan pertubuhan awam di seluruh Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik dalam pelbagai sektor, untuk secara kolektif menangani isu-isu pembanguna­n negara yang baharu dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia