Utusan Borneo (Sarawak)

Warga diseru jaga kebersihan Skim Penempatan Semula Sekuau

-

SIBU: Skim Penempatan Semula Sekuau perlu dijaga dengan sebaiknya terutama daripada aspek kebersihan agar menjadi antara kawasan menarik di daerah Selangau.

Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi memastikan Sekuau menjadi lokasi menarik, ceria dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruk­tur.

“Sebagai Pengerusi Majlis Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (MJKKK) Skim Sekuau kini dalam perancanga­n untuk membina Taman Rekreasi Tasik Sekuau, membaik pulih gelanggang futsal dan tandas awam.

“Semua ini dalam rancangan untuk dibangunka­n dalam tahun 2021 hingga 2023,” ujarnya yang juga ahli majlis Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

Beliau memberitah­u, Skim Sekuau mempunyai 32 rumah panjang, kedai, dewan masyarakat, sekolah dan klinik kesihatan, manakala di hujung jalan terdapat jambatan gantung yang merentasi Batang Oya, selain bentuk geografiny­a yang berbukit bukau.

“Keindahan dan kebersihan ini perlu dijaga dengan sebaiknya oleh penduduk Sekuau supaya kawasan ini boleh dijadikan salah satu lokasi pelanconga­n menarik sama ada menerusi program inap desa atau sebagainya,” jelasnya.

Terdahulu, telah diadakan satu program gotong-royong anjuran MDLBS dengan disertai semua penduduk daripada 32 rumah panjang di Sekuau.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurna­kan Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai.

Penganjura­n program tersebut sebagai persiapan sempena sambutan Hari Krismas dan Ambang Tahun Baharu 2021.

“Pada program ini, kerjakerja pembersiha­n dijalankan di sekitar kawasan Skim Sekuau, dengan masyarakat dituntut untuk bersama-sama menjaga kebersihan,” ujarnya sambil berterima kasih kepada semua yang terlibat.

 ??  ?? SEPAKAT MEMBAWA BERKAT: Penduduk Sekuau yang menyertai gotong-royong anjuran MDLBS, baru-baru ini.
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT: Penduduk Sekuau yang menyertai gotong-royong anjuran MDLBS, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia