Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah mohon PKPD di Kulim, elak penularan COVID-19 di kawasan industri

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan memohon supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dilaksanak­an di Kulim, susulan terdapat kluster baharu di daerah itu bagi mencegah penularann­ya ke kawasan industri.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kluster Bayam Indah dikesan di daerah itu sejak 21 November lepas dan sehingga semalam, sebanyak 50 kes positif COVID19 dikesan dalam kluster berkenaan.

“Kita takut ia (COVID-19) akan menular ke kawasan industri seperti yang berlaku di Selangor sehingga menjejaska­n pengeluara­n kilang. Kita ada Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sana, jadi kita perlu menjaga kawasan ini sebagai penjana ekonomi negara.

“Terdapat lebih 30,000 pekerja di KHTP, jadi kita tidak mahu kilang-kilang kena tutup kerana akan beri kesan lebih besar. Oleh itu, kita harap dapat perketatka­n kawalan di Kulim khususnya sekitar Bayam

Indah,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut beliau, Kulim mempunyai 329,000 orang penduduk dan lokasi kluster Bayam Indah itu melibatkan lebih 17,000 penduduk.

“Kalau diambil kira radius 500 meter (kawasan Bayam Indah) ada 1,412 rumah yang melibatkan beberapa taman perumahan dengan lebih 6,000 penduduk,” kata Muhammad Sanusi.

Beliau berkata pengajaran perlu diambil daripada pengalaman di Aman Jaya di Sungai Petani, sebelum ini kerana penularan lebih mudah dan cepat berlaku di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an orang ramai supaya memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berada pada tahap optimum.

Katanya mengikut rekod terdapat 12 kluster di Kedah yang sudah tamat antaranya Kluster Tawar, Telaga, Sivagangga dan Sungai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia