Kolaboratif FELCRA dengan Baladna terokai usaha sama besar-besaran Pelbagaikan perniagaan bersama syarikat tenusu dan ternakan dari Qatar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersama agensinya FELCRA Berhad (FELCRA) akan menerokai usaha sama mempelbagaikan perniagaan teras secara besarbesaran bersama syarikat tenusu dan ternakan dari Qatar, Baladna Food Industries (Baladna).
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, satu sesi perbincangan telah diadakan untuk meneliti usaha strategik FELCRA dan Baladna dan sesi tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pada masa sama, Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Ahli Lembaga Pengarah Baladna, Aidan Tynan telah diberi kesempatan untuk menyampaikan secara komprehensif berkenaan usaha sama tersebut.”
“Ia turut melibatkan impak-impak bermanfaat hasil dari kolaboratif seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan, pemindahan teknologi tenusu, penggantian import dan peningkatan imbangan pembayaran sejajar dengan usaha Jaminan Keselamatan Makanan Negara,” katanya
Menteri Pembangunan Luar Bandar
dalam satu kenyataan medianya semalam.
Jelas Abd Latiff lagi, usaha sama strategik FELCRA dan Baladna yang bernilai RM 2 bilion ini bakal mengembangkan perniagaan tenusu bersepadu berskala besar dengan penerapan teknologi tenusu terbaharu yang merangkumi pengeluaran makanan ternakan, ladang tenusu dengan 10,000 lembu pemerahan dan kilang pemprosesan yang mampu menghasilkan lebih dari 120 juta liter susu segar pada tahun pertama pengeluarannya.
“Untuk memantapkan lagi usaha sama tersebut, FELCRA dan Baladna turut meneliti peluang bekerjasama dengan FGV Holdings Berhad untuk membangunkan ladang tenusu di Chuping, Perlis. Petani tempatan termasuk Peserta FELCRA akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek ini melalui program penanaman makanan lembu dan penubuhan ladang-ladang satelit,” katanya.
Menurut Abd. Latiff, kerjasama ini tepat pada masanya, kerana FELCRA berkomitmen untuk mempelbagaikan teras perniagaannya ke arah Pertumbuhan dan Kelestarian, sementara pengalaman dan pengetahuan Baladna yang meluas dalam industri ini akan mendorong usaha bersama untuk mengembangkan perniagaan secara eksponensial dan bukannya secara organik.”
“Kedua-dua pihak didorong Matlamat Utama untuk menyediakan makanan dan minuman semula jadi, berkhasiat dan enak kepada pengguna Malaysia, sementara membantu pemulihan ekonomi secara proaktif dalam usaha kerajaan menangani kesan pandemik COVID-19,” katanya.
“
Pada masa sama, Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Ahli Lembaga Pengarah Baladna, Aidan Tynan telah diberi kesempatan untuk menyampaikan secara komprehensif berkenaan usaha sama
” tersebut.
Datuk Dr Abd Latiff Ahmad