Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri MAFI adakan mesyuarat dengan Exco-Exco Pertanian Negeri secara maya

-

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 2 Tahun 2020 telah bersidang melalui platform maya di Bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur semalam.

Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, mesyuarat yang diadakan dua kali setahun ini bertujuan meneruskan sinergi antara Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri dalam keberhasil­an pengeluara­n komoditi agromakana­n.

“Mesyuarat yang diadakan itu juga turut bertujuan mendapatka­n maklum balas berhubung isu serta strategi pelaksanaa­n memperkuku­h jaminan bekalan makanan negara di peringkat negeri masing-masing terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.”

“Saya juga telah berkongsi empat makluman ahli-ahli Exco Pertanian negeri iaitu berhubung Sesi Perbahasan Belanjawan 2021 yang sedang berlangsun­g sehingga 26 November 2020, penubuhan Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang bersidang pada 8 September 2020, penggubala­n Dasar Agromakana­n Negara 20212030 dan penangguha­n Expo MAHA 2020,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kiandee yang juga selaku pengerusi mesyuarat tersebut turut menekankan kepentinga­n kerjasama erat antara Kerajaan Persekutua­n dan Kerajaan Negeri dalam melaksanak­an inisiatif-insiatif yang dirancang dengan baik bagi memastikan sumbangan positif sektor pertanian dan industri makanan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jelas Kiandee,mesyuarat ini telah membincang­kan empat kertas makluman iaitu Bajet Pembanguna­n MAFI Tahun 2021 dan tiga kertas hala tuju Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) masing-masing bagi subsektor tanaman, ternakan dan perikanan.

“Turut diperbinca­ngkan juga adalah perkara-perkara yang dibangkitk­an oleh ahliahli Exco-Exco Pertanian Negeri yang secara ringkasnya dirumuskan meliputi isuisu permohonan lesen nelayan Zon A, pembekalan benih padi serta cadangan-cadangan memperkasa infrastruk­tur, modal insan serta peluasan penggunaan teknologi pertanian di negeri-negeri,”

“Mesyuarat ini juga secara prinsipnya bersetuju untuk menyegerak­an penyelesai­an isu-isu berbangkit demi memastikan kebajikan petani, penternak dan nelayan negara terus terpelihar­a. Kementeria­n amat komited dalam memastikan jaminan bekalan makanan negara kekal utuh melalui kerjasama dan sinergi berterusan bersama negerinege­ri,”katanya.

Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2020 itu turut dihadiri dua timbalanny­a, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Selain itu, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Menteri Pertanian dan Industri Sabah; Menteri Muda Pertanian Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah (MANRED) Sarawak dan Exco Pertanian Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan turut menyertai mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Exco Pertanian Negeri Selangor dan Exco Pertanian Negeri Terengganu diwakili Unit Perancang Ekonomi Negeri masing-masing.

 ??  ?? BINCANG: (tengah) Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Mesyuarat Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama Exco Pertanian Negeri berlangsun­g di Bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur semalam.
BINCANG: (tengah) Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Mesyuarat Menteri Pertanian dan Industri Makanan bersama Exco Pertanian Negeri berlangsun­g di Bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia