Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Kerajaan timbang saring pekerja asing setiap dua minggu

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimb­angkan keperluan untuk mewajibkan semua pekerja asing menjalani saringan COVID-19 setiap dua minggu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keutamaan kerajaan pada masa ini adalah kepadasari­ngankesiha­tanyang diwajibkan bagi pekerja asing di negeri-negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setakat ini, kita akan mulakan ujian calitan kepada semua pekerja asing (di negeri dikenakan PKPB), kalau mereka negatif kita akan kuarantin dan jika positif kita hantar ke hospital.

“Kalau ada keperluan untuk ujian calitan setiap dua minggu kita akan bincangkan, untuk pusingan pertama ini (melibatkan) 1.7 juta (pekerja asing) kita selesai saring mereka ini dulu,” katanya pada sidang media perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumka­n supaya saringan kesihatan diwajibkan bagi semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan, melalui kaedah RTK Antigen.

Jelasnya, ia penting bagi mengurangk­an risiko kebolehjan­gkitan COVID-19 dalam kalangan mereka.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berakhir 6 Dis ini, mungkin dilanjutka­n sekiranya terdapat pertambaha­n kes COVID-19 di kawasan berkenaan.

Beliau, bagaimanap­un, berkata perkara itu akan ditentukan selepas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) membuat membuat penilaian risiko di lokasi PKPB berkenaan.

“Kita akan umumkan perkara ini (sama ada dilanjutka­n PKPB atau tidak) berdasarka­n penilaian risiko yang dijalankan KKM dalam minggu terakhir sebelum 6 Dis ini.

“Sekiranya terdapat pertambaha­n kes positif baharu di kawasan-kawasan ini, mungkin PKPB dilanjutka­n tetapi sekiranya tiada jangkitan baharu ia akan ditamatkan,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya tamat pada 9 Nov lalu disambung sehingga 6 Dis ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKEMBANG­AN: Ismail Sabri ketika sidang media mengenai perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kementeria­n Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERKEMBANG­AN: Ismail Sabri ketika sidang media mengenai perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kementeria­n Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia