Utusan Borneo (Sarawak)

Norwich pertahan tangga teratas Liga Kejuaraan

-

LONDON: Norwich terus tenang bersama hanya 10 pemain sahaja apabila pendahulu Liga Kejuaraan itu terselamat daripada kebangkita­n Stoke dalam kemenangan 3-2 yang dramatik kelmarin.

Pasukan Daniel Farke membuka jaringan pada minit ke-18 apabila Emi Buenddia merembat bola ke dalam gawang.

Kedudukan menjadi 20 sembilan minit kemudian apabila Teemu Pukki meledakkan rembatan ke sudut jauh gawang untuk jaringanny­a yang keenam pada musim ini.

Norwich melebarkan kelebihan mereka pada minit ke-57 apabila Pukki mengelecek penjaga gol Stoke, Joe Bursik, untuk menyumbat gol keduanya.

Tetapi perlawanan berubah pada minit ke-69 apabila Buendia dibuang dari padang selepas dilayangka­n kad kuning kedua dan seminit kemudian, Tyrese Campbell, mengurangk­an jurang dengan satu gol.

Nathan Collins menanduk masuk bola tendangan sudut untuk mengurangk­an lagi defisit tetapi Norwich bertahan untuk meneruskan siri tanpa kalah mereka kepada sembilan perlawanan.

Bournemout­h kekal satu mata di belakang di tempat kedua selepas mereka menewaskan Nottingham Forest 2-0 di Stadium Vitality.

Blackburn menang 3-0 menentang Preston yang bermain dengan 10 orang di Deepdale.

QPR mencatatka­n kemenangan pertama mereka dalam tiga perlawanan apabila mereka menewaskan Rotherdam 3-2 di Loftus Road.

Luton dan Birmingham seri 1-1 di Kenilworth Road.

Wycombe kini sudah tewas dalam hanya satu sahaja daripada enam perlawanan liga terakhir mereka ekoran keputusan seri tanpa jaringan dengan Huddersfie­ld, yang menang sekali dalam tujuh perlawanan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia