Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: DUA PEKERJA INDUSTRI MINYAK DAN GAS KES POSITIF BAHARU SEMALAM

-

KUCHING: Dua pekerja industri minyak dan gas yang terkandas di Romania baru-baru ini didapati positif COVID-19 setelah menjalani saringan sejurus mereka tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 23 November lepas.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua kes yang dikategori­kan sebagai import itu menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak meningkat kepada 1,058 kes.

Dua lelaki berkenaan balik dari Romania melalui Qatar pada 8 November dan sampai di Kuala Lumpur pada 9 November.

Setibanya di Kuala Lumpur, mereka ditempatka­n di pusat kuarantin bagi menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sehingga 22 November.

Saringan rT-PCR pertama mereka pada 10 November didapati negatif COVID-19.

Ujian saringan COVID-19 menggunaka­n RTK Antibodi pada 22 November juga tidak reaktif, jelas kenyataan itu semalam.

“Mereka kemudian meneruskan perjalanan balik ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Miri kemudian ke Lapangan Terbang Sibu pada 23 November. Kes-kes ini telah dimasukkan semula ke pusat kuarantin dan menjalani saringan ulangan COVID-19 menggunaka­n kaedah rT-PCR.

“Ujian yang dijalankan pada 23 November mendapati kedua-dua mereka dijangkiti COVID-19. Keduadua kes ini tidak menunjukka­n tanda dan gejala jangkitan COVID19. Kes telah dimasukkan ke wad pengasinga­n di Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Sarawak mencatatka­n dua kes tersebut sahaja semalam.

Selain itu, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini dan jumlah kekal enam kluster iaitu kluster Besi (12 kes), Jalan Abell (15 kes), Baki (33 kes), Greenhill (91 kes) dan Wisma Saberkas (44 kes).

“Manakala terdapat 16 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini (semalam), iaitu di Hospital Umum Sarawak (14) dan Hospital Miri (2).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,008 orang atau 95.27 peratus dari jumlah keseluruha­n kes COVID19 di Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia