Utusan Borneo (Sarawak)

‘Wasiat Dari Jordan’ arahan Bade Azmi di TV Okey

-

DRAMA bersiri kekeluarga­an dengan tajuk ‘Wasiat Dari Jordan’ yang menampilka­n gandingan pelakon utama Aprena Manrose dan Hazman Al-Idrus sedang bersiaran setiap hari, jam 10.00 malam menerusi saluran TV Okey.

Menggantik­an slot drama bersiri ‘Dia Bidadari Dari Syurga’ yang disiarkan sebelum ini, drama arahan Bade Azmi, terbitan Qaisworks Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Badrul Muhayat, Nissa Rissa, Liza Rafar, Shajiry, Fara Nadiah, Alif Muhaimin, Alif Hadi, Zalfa Zin, dan Khayrisyah Kemal dalam 26 episod siarannya.

Latar ceritanya mengisahka­n tentang watak Dato’ Nasir, seorang ahli korporat berjaya, memiliki segalanya dalam hidup bahagia seperti keluarga lain. Namun segalanya berubah bila suatu hari doktor mengesahka­n dia menghidap kanser.

Ketika itu isterinya Khadijah terjumpa sekeping draf wasiat yang telah mengubah sikap isteri dan anakanakny­a. Pada masa sama hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan Dato’ Nasir mempunyai keluarga lain dan menuduhnya mengkhiana­ti mereka selama ini.

Bermulalah cabaran, dugaan dan pelbagai usaha Dato’ Nasir menghadapi tentangan isteri dan anak-anaknya terutama Hamzah, satusatuny­a anak lelakinya.

Hamzah membawa diri ke Jordan dan Dato’ Nasir pula kini meminta Sumayah (anak tirinya) untuk memujuk Hamzah pulang ke Malaysia bagi menyelesai­kan segala kekusutan dalam keluarga besar mereka.

Hamzah yang mula jatuh hati dengan Sumayah bersetuju untuk balik ke Malaysia dan berhasrat untuk memulakan perhubunga­n lebih serius dengan Sumayah. Namun Hamzah sekali lagi rasa tertipu setelah menyangka Sumayah adalah adik kandungnya setelah terjumpa foto ayahnya dengan keluarga Sumayah.

Berjayakah Sumayah memujuk Hamzah pulang ke Malaysia untuk kali kedua? Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik. Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia