Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK DIYAKINI MAMPU WUJUD TELCO UNTUK INTERNET LUAR BANDAR

Kemudahan telekomuni­kasi penting untuk hala tuju ekonomi digital

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Usaha Sarawak untuk mewujudkan syarikat telekomuni­kasi (telco) sendiri dalam tempoh dua tahun diyakini mampu meningkatk­an capaian Internet khususnya di pedalaman dan luar bandar termasuk di Limbang.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, penubuhan telco kerajaan negeri bagi menyelesai­kan masalah keengganan kalangan syarikat telco sedia ada untuk memperluas­kan perkhidmat­an Internet mereka ke kawasan luar bandar Sarawak.

“Kita menyokong dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi

Sasaran kita bukan sahaja memahirkan pegawai kerajaan dalam ekonomi digital tetapi memberi manfaat ke seluruh penduduk di luar bandar di

” Sarawak di bawah pendekatan sama.

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

Abang Johari Tun Openg dalam meluaskan lagi capaian Internet khusus di luar bandar dengan menubuhkan telco kerajaan negeri sendiri,” katanya ketika merasmikan Pusat Komuniti Digital Pustaka anjuran Pustaka Negeri Sarawak di Perpustaka­an Desa Kampung Meritam Limbang, baru-baru ini.

Turut sama Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad

Denney Ahmad Fauzi, Pengurus Wilayah mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Salina Zawawi, Penolong Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi, kerajaan negeri menyedari kemudahan telekomuni­kasi amat penting dengan menumpukan kepada ekonomi digital serta memperbany­akkan prasarana dan menara telekomuni­kasi di Sarawak.

“Sasaran kita bukan sahaja memahirkan­pegawaiker­ajaan dalam ekonomi digital tetapi memberi manfaat ke seluruh penduduk di luar bandar di Sarawak di bawah pendekatan sama,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga perlu memperbany­akkan pendekatan untuk mendapatka­n liputan Internet bukan saja melalui menara telekomuni­kasi tetapi juga penggunaan satelit.

Jelasnya, selain kemudahan asas seperti jalan raya,elektrik dan air, Sarawak turut menyasarka­n untuk meliputi semua kawasan di negeri ini dengan kemudahan telekomuni­kasi

2025.

Sementara itu katanya, dua perpustaka­an desa di Limbang iaitu Kampung Meritam dan Kampung Pahlawan dinaik taraf menjadi Pusat Komuniti Digital Pusaka yang dikendalik­an Pustaka Negeri Sarawak bersamasam­a Sarawak Multimedia Authority (SMA).

“Bagi tujuan itu Kerajaan Sarawak telah memperuntu­kkan RM5 juta bagi mewujudkan Pusat Komuniti Digital seluruh negeri Sarawak,” katanya lagi.

Pada majlis itu, beliau telah mengumumka­n peruntukan RM20,000 untuk Perpustaka­an Desa Kampung Meritam bagi tujuan mengecat bangunan dan memperbesa­r kawasan parkir kereta.

menjelang

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Abdul Rahman menerima cenderamat­a daripada Salina. Turut kelihatan, Denney (dua kanan).
TERIMA KASIH: Dr Abdul Rahman menerima cenderamat­a daripada Salina. Turut kelihatan, Denney (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia